Korang jenis yang percaya pada benda-benda mistik tak? Mungkin ada dikalangan korang yang tak percaya pada benda-benda macam ini lagi-lagi bila zaman dah semakin moden tapi korang jangan terkejut sebab ada segelintir masyarakat yang masih percaya pada kepercayaan karut yang di ceritakan kepada dorang daripada generasi terdahulu.
Kepercayaan karut bukanlah satu benda yang terjadi dekat Malaysia sahaja tapi ia turut terjadi dekat seluruh dunia. Setiap negara mempunyai kepercayaan karut dorang sendiri dan masih ramai yang percaya pada benda-benda macam ini. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa kepercayaan karut seluruh negara.
AMERIKA SYARIKAT

Image Via: https://www.dailysabah.com
Menurut website Ranker.com, hampir semua rakyat Amerika Syarikat percaya dengan kepercayaan ini. Knock on wood adalah satu benda yang dorang akan buat bila dorang nak jauhkan diri dorang daripada malapetaka atas benda yang dorang dah cakap. Selalunya dorang akan cari pokok atau apa sahaja benda yang diperbuat dari kayu dan mengetuknya sebanyak tiga kali.

Image Via: https://en.wikipedia.org
Kepercayan ini dikatakan sudah ada sejak dari dulu lagi. Orang Pagan percaya yang terdapat roh yang hidup di dalam kayu dan pokok. Jadi dengan mengetuk pada kayu ataupun pokok, dorang percaya roh pada kayu dan pokok tersebut akan maafkan dorang atas benda yang dorang cakap.
JEPUN

Image Via: http://www.visiontimes.com
Menurut kepercayaan orang Jepun, menulis nama dorang atau nama orang yang dorang benci dengan pen berdakwat merah akan menyebabkan orang tersebut mati. Mungkin movie Death Note ambik inspirasi daripada kepercayaan ini agaknya. Kanak-kanak pula dilarang untuk memotong kuku pada waktu malam kerana ia akan menyebabkan ibu bapa dorang mati dahulu sebelum dorang.

Image Via: https://germancarsforsaleblog.com
Orang Jepun juga percaya yang jangan tidur dengan kepala menghadap utara kerana orang mati selalunya ditanam seperti itu dan kalau dorang nampak kereta mayat sedang berada dihadapan dorang, dorang kena cepat-cepat sorok ibu jari dorang dekat belakang badan kalau tidak Malaikat Maut akan ambik nyawa ibu dan ayah dorang.
RUSIA

Image via: http://favim.com
Menurut survey yang dilakukan oleh Levada Center pada tahun 2013, hampir 53% rakyat Rusia percaya kepada kepercayaan karut. Antara benda yang boleh membawa malang dan tak patut dilakukan di Rusia adalah memberikan seseorang sejambak bunga dengan jumlah bunga yang genap.

Image Via: https://www.pinterest.com
Selalunya flower bouquet yang mempunyai jumlah bunga yang genap cuma akan dibawa dan diberikan pada majlis kematian. Jadi dengan memberikan 10 kuntum bunga contohnya pada seseorang umpama macam mendoakan sesorang itu mati cepat. Hati-hati kalau korang nak ngorat awek Rusia dan pastikan kira dulu berapa jumlah bunga yang ada hahaha!
THAILAND

Image Via: https://www.wsj.com
Dekat Thailand, dorang dilarang untuk memotong rambut pada hari rabu kerana dorang mungkin akan mendapat nasib yang malang. Disebabkan itulah kalau korang pernah pergi Thailand, kedai gunting rambut dan salon di sana akan tutup kedai dorang pada hari rabu sahaja.

Image Via: https://www.wsj.com
Ada juga orang yang percaya dorang tak boleh potong rambut pada hari rabu kerana dikatakan hanya raja sahaja yang potong rambut pada hari tersebut. Jadi sebagai tanda hormat mereka pada raja dorang, rakyat biasa tidak boleh memotong rambut pada hari rabu dan dikhaskan untuk raja sahaja.
AFRIKA

Image Via: https://www.scidev.net
Antara kepercayaan karut yang popular di Afrika adalah wanita yang sedang mengandung dilarang sama sekali untuk pergi ke zoo. Ini kerana dorang percaya kalau wanita tersebut pergi ke zoo, kemungkinan besar anak yang dilahirkan akan mempunyai rupa seperti haiwan.

image Via: https://www.fondation-wavestone.com
Satu lagi kepercayaan yang hanya khas kepada wanita di Afrika adalah mereka dilarang sama sekali untuk memakan daging kambing bila berada di Rwanda kerana menurut cerita orang-orang dahulu, kalau wanita tersebut makan kambing di Rwanda, mereka akan tumbuh janggut dan perangai dorang akan jadi degil!
KATALAKI: Macam di Afrika, Malaysia pun ada kongsi kepercayaan karut yang sama berkenaan wanita yang mengandung iaitu dorang dilarang sama sekali menyakiti haiwan sebab kemungkinan besar anak dorang bila lahir akan berperangai dan menyerupai binatang tersebut yang mana biasanya orang panggil sebagai “Terkenan”