Kereta 2nd Hand Cun Melecun Bawah RM10,000!

Sembang

Hasil carian kami di beberapa laman web online jualan kereta, sebenarnya korang yang nak beli kereta 2nd hand bawah RM 10,000 ada je! Tak kisah la kalau korang nak beli kereta 2nd hand untuk ke pasar ke, ke track Sepang ke, ataupun kereta pertama sementara nak kumpul duit beli kereta idaman masing-masing, ini antara kereta yang korang boleh usha dengan budget bawah RM 10,000!

1999 Proton Satria 1.3

Kalau tengok daripada luaran not bad juga kereta ni. Kalau tengok details yang disediakan oleh owner katanya dah convert GTI. Kalau korang berminat make sure test drive dulu sebelum beli okeh.

1998 Honda Civic 1.5

Korang yang jiwa kelajuan confirm tertarik bila tengok kereta ni. Kalau tengok gambar, cat dan body part masih lagi cun. Angkat satu la bawa masuk track!

1991 BMW 520i 2.0 Sedan

Yeahh. Untuk korang yang dah lama teringin nak pakai BMW, boleh tengok-tengok kereta ni. Dari luar nampak garang gak. Dengan transmisi auto, korang lebih selesa untuk redah traffic jam nanti.

1993 BMW 3 SERIES 318i 1.8

Pehhh. Macam tak sangka dengan harga bawah RM10k boleh dapat BMW secantik ni. Tapi apa-apa pun masih kena test drive dulu sebelum korang beli. Kalau nak rasa kereta buatan Eropah, ni la kereta yang sesuai untuk korang cuba try test.

1996 HONDA ACCORD 2.0

Satu lagi kereta keluaran Honda yang nampak menyelerakan. Dengan keupayaan enjin 2.0, tambah sikit modifikasi apa yang patut, dah boleh masuk track day!

Toyota Corolla 1.6

Fuhh. Secara jujurnya aku memang berminat dengan kereta classic macam ni. 2 door pula tu. Bawah RM10k pun boleh dapat ni. Keadaan luar dan dalaman kereta pun nampak cun. Tapi kalau tanya otai-otai kereta, ramai yang cakap kalau kereta classic ni banyak makan modal. Tapi serius teringin nak merasa kereta classic!

Kalau dah ada kereta ni, syok lah weyh boleh travel jenjalan cuti-cuti Malaysia. Nak lagi best, boleh layan playlist lagu-lagu terbaik kat www.hotfm.com.my. Playlist yang aku nak rekomen, korang boleh layan playlist “Enjin Panas”. Klik kat SINI   
KATALAKI: Pergi track day jangan lupa roger Thelaki huhuhu…

Last modified: 11 September 2019