Kereta Baek Nokharom Dalam Filem

Sembang

Selain daripada watak heroin yang selalu belanja mata kita, satu lagi tarikan utama filem-filem kat wayang tentu sekali kereta yang rare dan padu. Padu beb!

Jadi, tanpa aku membebel panjang, mari kita usha satu-satu antara kereta-kereta baek yang pernah muncul dalam filem. Sit back and enjoyy.

1970 Dodge Charger, The Fast and The Furious

Aku mulakan dengan kereta yang boleh wheelie ni. Yes bro. Wheelie! Antara signature scene dalam filem franchise The Fast and The Furious. Dalam filem ni selamba Vin Diesel wheelie masa tengah race dengan Paul Walker. Nahh aku dah carikan siap-siap kalau korang nak beli 1970 Dodge Charger kat Malaysia.

Mini Cooper, The Italian Job

Filem The Italian Job ada dua versi. Tapi dua-dua filem ni Mini Cooper seksi! Dengan aksi mencelah belakang kedai. Siap turun tangga. Scene terbang pun ada! Korang jangan confius, bukan Italian yang cipta kereta ni, tapi Mini Cooper berasal dari United Kingdom.

 

2008 Audi R8, Iron Man

Kereta favourite Tony Stark yang turut muncul dalam Iron Man 2 dan Iron Man 3, Audi R8 boleh mencapai 100km/h dalam masa 4 saat! Dalam pembikinan filem Iron Man, Audi R8 bukan je digunakan untuk scene macho Iron Man, juga digunakan untuk scene accident. Audi R8 dihancurkan begitu sahaja. Pehh.

 

Toyota Sprinter Trueno GT, Initial D

Lebih dikenali dengan nickname AE86, kereta street racing otai ni hanya mula dikenalkan kepada orang ramai dalam manga je dan diteruskan lagi dalam Anime. Tahun 2005 baru la AE86 yang sebenar muncul dalam filem Initial D.

Aku belanja sikit antara kereta-kereta yang cuba jadi seakan-akan AE86 Initial D.

KATALAKI: Aksi-aksi kereta dalam movie tu semua secara profesional. Korang jangan terpengaruh buat aksi sendiri lak. Bahaya!

Last modified: 11 September 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *