Kereta Buruk Pergi Champions League Final Di Madrid

Sembang

Hari Ahad, pukul 3 pagi waktu Malaysia, sepak mula antara Tottenham Hotspur dan Liverpool untuk perlawanan akhir UEFA Champions League 2018/19. Masa artikel ni ditulis, kami tak tahu lagi team mana yang akan menang sebab game belum lagi start. Tapi Tottenham Hotspur dan Liverpool memang layak bertanding dalam perlawanan akhir Champions League 2018/19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UEFA Champions League (@championsleague) on

Baru-baru ni ada satu gambar kereta buruk tersebar di media sosial yang menunjukkan kereta tersebut dalam perjalanan ke Madrid dari Liverpool untuk saksikan perlawanan akhir Champions League antara Spurs menentang Liverpool. Larat ke kereta buruk ni sampai ke Madrid?

Pemilik kenderaan ni sebenarnya seorang YouTuber, Simon Wilson yang dah pun ada subscriber di YouTube lebih daripada 200 ribu. Mungkin ni salah satu content atau pun gimmick yang cuba dibuat oleh Simon Wilson untuk ditunjukkan kepada pengikut-pengikutnya di YouTube.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Simon Wilson (@simonjwils) on

Tapi secara jujurnya, kita sendiri pun memang nak tahu sangat, larat ke kereta yang dah uzur ni sampai ke Madrid, Sepanyol. Setakat ni dah ada 1 video di YouTube channel Simon Wilson ni yang menunjukkan dia dah bergerak ke Madrid. Memang ngeri betul keadaan enjin kereta ni.

Image Via : YouTube

Menurut Simon Wilson, dia berjaya dapatkan tiket untuk tengok perlawanan akhir Spurs menentang Liverpool di Madrid. Disebabkan tiket kapal terbang yang terlalu mahal, Simon Wilson buat keputusan untuk cari kereta yang paling murah untuk pergi ke Madrid. Simon Wilson ni penyokong Liverpool nampaknya.

Image Via : YouTube

Kalau korang nak tahu apa sudahnya, berjaya atau tak Simon Wilson ni dan kereta buruknya selamat sampai ke Madrid atau tak, boleh la standby siap-siap untuk tengok video terbaru yang akan dikeluarkan nanti kat YouTube channel Simon Wilson.

KATALAKI: Siapa yang boleh menang ni? Spurs ke Liverpool? Apa yang jadi agaknya kalau Spurs yang menang Champions League? Ramai yang teka Liverpool boleh menang kali ni.

Last modified: 31 May 2019