Kereta² Kebal Paling Power Korang Kena Tahu!

Sembang

Main Battle Tank ataupun singkatannya MBT direka untuk menyerang dan bertahan daripada serang pihak musuh. Macam-macam jenis kereta kebal kita boleh tengok yang dimiliki oleh setiap negara. Mostly dorang mempunyai design yang lebih kurang sahaja tapi yang membezakan setiap kereta kebal ini adalah fire power yang dimilikinya.

via GIPHY

Kereta kebal pertama yang dicipta adalah kereta kebal milik England yang diberi nama Little Willie yang dicipta pada tahun 1915. Namun disebabkan kereta kebal ini agak lembap, mereka mencipta kereta kebal kedua yang diberi nama Big Willie dan telah digunakan pertama kali dalam perang Battle of the Somme pada 15 September 1916. Korang nak tahu kereta kebal negara mana yang paling power zaman sekarang? Baca artikel aku sampai habis.

K2 BLACK PANTHER

K2 Black Panther telah dicipta di South Korea pada tahun 1995 dengan hanya menggunakan teknologi dan barang yang terdapat di negara tersebut sahaja. Kereta kebal ini menggunakan bahan yang tidak didedahkan sebagai bahan utama untuk body-nya.

K2 Black Panther ini didakwa mampu menahan serangan daripada peluru 120 milimiter L55 dan juga mampu menyerang kenderaan musuh secara automatic dengan menggunakan teknologi advance fire control dan mempunyai kelajuan sehingga 70 km/h!

CHALLENGER 2

Kereta kebal ini merupakan kerjasama antara British Army dan Royal Army of Oman. Dikatakan antara kereta kebal paling kebal di dunia, Challenger 2 mempunyai body yang diperbuat daripada second generation Chobham Armor yang dikatakan mempunyai dua kali ketebalan daripada besi biasa.

Kereta kebal ini mampu menembak musuh sejauh lima kilometer. Setakat hari ini, Challenger 2 ciptaan British Army dan Royal Army of Oman ini memegang rekod kereta kebal paling susah untuk dimusnahkan bila berhadapan dengan kereta kebal negara lain!

ARMATA

Armata merupakan kereta kebal milik Rusia dan pertama kali diperkenalkan pada tahun 2015 dan mempunyai saiz yang lebih besar daripada T-90, kereta kebal generasi ketiga Rusia yang diperkenalkan pada tahun 1993.

Pada tahun 2017, BBC telah melaporkan yang The Armata merupakan sebuah kereta kebal highly automated dan lebih hebat berbanding dengan semua kereta kebal yang pernah dikeluarkan oleh Rusia sebelum ini. Ia mempunyai Advance Active Protection System (APA) membuatkan ia kebal dengan senjata Anti Tank Missile!

TYPE-10 (TK-X)

Kereta kebal Type-10 atau TK-X ini merupakan kereta kebal generasi keempat yang dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries untuk Japan Ground Self Defense Force. Ia mula digunakan pada tahun 2012 dan dikatakan mempunyai kebolehan bergerak dengan mudah tidak kira bagaimana keadaan geology tempat tersebut.

Body kereta kebal ini telah diletakan dengan Modular Ceramic Composite Armour yang mana mampu melindungi kereta kebal Type-10 ini daripada serangan RPG, Heat Missile dan AntiTank Misssile yang dimilik oleh pihak musuh.

TYPE-99 (ZTZ-99)

Type-99 ataupun dipanggil ZTZ99 ini merupakan kereta kebal generasi ketiga yang dibina oleh China Northern Industries Group Corporation untuk Chinese People’s Liberation Army. Kereta kebal ini mempunyai senjata 125 milimeter smoothbore gun, 12.7 milimeter antiaircraft gun dan 7.62 milimeter coaxial machine gun.

Kereta kebal Type-99 ini juga merupakan antara top 3 kereta kebal paling laju di dunia dengan kelajuan 80 km/h dan menggunakan enjin jenis Turbo Charge 1,500 horsepower diesel engine. Dengan weapon dan kelajuan yang dia ada, no wonder kereta kebal Type-99 merupakan kereta kebal paling power di dunia!

KATALAKI: Malaysia pun ada kereta kebal kita sendiri yang diberi nama PT-91M PENDEKAR yang dihasilkan di Poland!

Last modified: 28 June 2019