Kereta-Kereta Boek Di KLIMS 2018

Aktif, Motorsports

Pameran motor terbesar di Malaysia, Kuala Lumpur International Motor Show atau KLIMS 2018 kini kembali untuk korang yang memang kaki kereta dan motor. Bertempat di MITEC, Kuala Lumpur, korang boleh datang serbu KLIMS 2018 bermula 23 November hingga 2 Disember 2018. Tapi sebelum datang tu kena ada info dulu kan? Nah tengok dulu harga tiket untuk masuk ke KLIMS 2018. Kalau nak beli online pun boleh, usha dekat www.klims.com.my.

Sumber : klims.com.my

Dah settle pasal tiket, korang kena tahu juga yang KLIMS 2018 ada 6 dewan pameran dalam 2 tingkat yang berlainan. Masa kami, Thelaki pergi hari tu ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit gak untuk habis pusing 6 dewan tu. So, make sure korang pakai kasut yang selesa okeh! Jangan ada yang berkaki ayam nanti sudah.

Kenapa korang kena pergi KLIMS 2018? Salah satu sebabnya ialah tujuan KLIMS 2018 ni untuk dedahkan kepada korang macam mana kecanggihan setiap kereta yang ada kat jalan raya tu. Jenama kereta yang ada termasuk lah Daihatsu, Ford, Mitsubishi, Honda, Proton, Perodua dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu, sebenarnya korang boleh tengok juga antara kereta-kereta konsep yang dihasilkan oleh jenama kereta yang disebut tadi. Contohnya, Perodua pun ada tunjuk kereta konsep dorang yang pertama kali dipamerkan kepada umum. Cun gak.

Chop, bukan kereta je yang korang boleh tengok dekat KLIMS 2018, motor pun ada! Nah kami belanja antara kereta-kereta dan motor boek gilababs yang ada dekat KLIMS 2018. Enjoyy.

Lexus LC

Toyota i-Road

Perodua Myvi GT

Perodua Myvi GT

Mercedes A 200

Honda Civic Type R

Isuzu MU-X

1966 Cadillac Eldorado

Fiat 600D

Benelli RFS 150

2018 Kawasaki Z900RS

2018 Honda Super Cub

Kawasaki ZX 10R

KATALAKI: Selamat menjamu selera mata kat KLIMS 2018!

Last modified: 3 December 2018