Kereta Paling Rare & Mahal Dalam Dunia!

Sembang

Memiliki sebuah kereta pada zaman sekarang ini boleh dikatakan sememangnya satu satu keperluan dan setiap orang mempunyai kereta idaman dorang sendiri. Ada orang memilih kereta idaman dorang berdasarkan design dan ada orang memilih kereta idaman dorang berdasarkan kelajuan kereta tersebut.

Walau apa saja kriteria yang korang ada untuk memilih sebuah kereta, aku yakin yang kereta-kereta yang aku nak share ini sememangnya antara kereta-kereta yang korang idamankan. Jadi hari ini aku nak share dengan korang antara kereta yang paling rare dan paling mahal di dalam dunia!

ICANO VULCANO TITANIUM

Image Via: http://vulcanotitanium.com

Cuma terdapat sebuah sahaja kereta ini yang wujud dalam dunia ini dan harga dia pula adalah USD 3.8 juta, kereta ini adalah antara kereta paling rare dan paling murah dalam senarai yang aku nak share ini. Seluruh body Icano Vulcano Titanium ini dibina menggunakan titanium dan carbon fiber.

Image Via: http://vulcanotitanium.com

Dengan enam liter supercharge V8 engine, kereta ini mampu mencapai kelajuan 96.5 km/h hanya dalam masa tiga saat dan 193 km/h dalam masa kurang daripada 9 saat sahaja bro! Top speed untuk kereta ini pula boleh pergi sehingga 354 km/h dan ini meletakkan kereta ini diantara kereta paling rare dan paling mahal di dunia.

PORSCHE 917K

Kereta lagenda ini pernah membintangi sebuah filem yang bertajuk LeMans bersama-sama dengan pelakon lagenda Steve McQueen. Sehabis saja pengambaran, kereta ini telah dilelong dan berjaya dijual pada harga USD 14 juta dan ini membuatkan ianya kereta Porsche paling mahal di dunia.

Porsche 917K ini dibina khas untuk racing. Kereta ini mampu mencapai kelajuan 96.5 km/h dalam masa 2.3 saat dan 193 km/h dalam masa 5.3 saat sahaja. Top speed untuk kereta ini pula mampu mencapai sehingga 386 km/h bro!

ASTON MARTIN DBR1

Kereta Aston Martin DBR1 ini dijual pada harga USD 22.5 juta dan ia merupakan antara kereta binaan British yang paling mahal di dunia. Cuma lima buah kereta sahaja yang dapat dibina dan wujud didalam dunia. Kereta ini sememangnya dibina khas untuk racing dan antara racer lagenda yang pernah memandu kereta ini adalah Stirling Moss, Jack Brabham dan Carroll Shelby.

Kereta ini juga merupakan antara tiga kereta yang pernah memenangi World Sport Car Championship dan 24 Hours of LeMans pada tahun 1950. Kereta ini juga telah memenangi enam kejuaraan World Sport Car Championship pada tahun yang sama.

FERRARI 250 GTO

Ferrari 250 GTO merupakan kereta yang paling mahal pernah dilelong di dunia iaitu pada harga USD 70 juta! Kalau nak dibandingkan, harga kereta ini bersamaan dengan harga sebuah private jet bro dan ini bukan pertama kali kereta ini memecah rekod kereta paling mahal yang pernah dilelong.

Pada tahun 2013, Ferrari 250 GTO ini pernah dilelong pada harga USD 52 juta. Ferrari cuma membina 36 buah sahaja kereta ini pada tahun 1962 sehingga tahun 1964. Antara lagenda yang pernah memiliki kereta ini adalah Ralph Lauren, Lawrence Troll dan drummer Pink Floyd, Nick Mason.

KATALAKI: Dekat Malaysia kereta paling rare dan paling laju sudah tentulah kereta Perodua Myvi. Korang tengok sajalah berapa punya laju dia atas jalan, Ferrari 250 GTO pun kalah bro hahahaha!

Last modified: 20 May 2019