Kereta Yang Akan Muncul Dalam Permainan Video Terbaru – Need for Speed Heat

Game, Tech

Pada 14 Ogos 2019, secara rasminya trailer siri permainan video Need for Speed yang terbaru iaitu Need for Speed Heat ditayangkan kepada orang ramai selepas kegagalan Need for Speed Payback yang dipasarkan pada tahun 2017.

Kenapa Need for Speed Payback dikira gagal? Need for Speed Payback dikritik teruk selepas menampilkan jalan cerita yang mudah dijangka, kurang aksi kejar-mengejar dengan polis, pengubahsuaian kereta yang terhad dan kerosakan kereta yang tidak realistik.

Image Via : ign.com

Image Via : gamesradar.com

Kali terakhir siri permainan video Need for Speed berjaya mendapat pujian orang ramai ialah Need for Speed Rivals yang dipasarkan pada tahun 2013.

Image Via : gamespot.com

Image Via : ign.com

Need for Speed Heat akan mula dipasarkan seluruh dunia pada 8 November 2019, menampilkan dua jenis perlumbaan pada waktu siang dan malam. Pada waktu siang, pemain akan berlumba dengan kereta masing-masing dalam perlumbaan Speedhunters Showdown di dalam litar yang tertutup tanpa sebarang gangguan daripada kereta orang awam dan pihak polis.

Image Via : videogamer.com

Image Via : ar12gaming.com

Pada waktu malam, pemain akan terlibat dengan perlumbaan haram dan confirmed akan melibatkan juga aksi kejar-mengejar dengan polis.

Image Via : usgamer.net

Buat masa ni, takde lagi info yang lebih mendalam mengenai gameplay terbaru yang akan ada dalam Need for Speed Heat. Pada 19 Ogos 2019 nanti, EA akan keluarkan gameplay trailer terbaru dan ceritakan dengan lebih mendalam mengenai Need for Speed Heat di Gamescon.

Ini senarai kereta yang ada dalam Need for Speed Heat nanti dan kereta-kereta ni juga ada dalam trailer Need for Speed Heat.

  • Acura RSX S
  • BMW i8
  • BMW M2 Competition F87
  • BMW M3 E46
  • BMW M3 E92
  • BMW M3 Evolution II E30
  • BMW M4 F82
  • Chevrolet Camaro Z/28
  • Chevrolet Corvette Grand Sport
  • Ferrari 488 GTB
  • Ford F-150 SVT Raptor
  • Ford Mustang GT
  • Lamborghini Countach 25th Anniversary
  • Lamborghini Diablo SV
  • Mazda RX-7 Spirit R
  • Mercedes-AMG C63 S Coupé
  • Mitsubishi Lancer Evolution X
  • Nissan 350Z
  • Nissan GT-R Premium
  • Nissan Skyline GT-R V-Spec R34
  • Polestar 1
  • Porsche 911 Careera GTS 991.2
  • Porsche 911 Carrera S 993
  • SRT Viper GTS
  • Volkswagen Golf GTI

KATALAKI: Boleh ke Need for Speed Heat mengembalikan semula zaman kegemilangan permainan video Need for Speed macam sebelum ni? Tengok trailer macam gempak.

Last modified: 17 August 2019