Pemain yang pernah beraksi bersama Manchester City dan Liverpool, Mario Balotelli menjadi mangsa terbaru kepada isu perkauman yang berlaku dalam arena bola sepak antarabangsa. Dalam perlawanan liga Serie A di antara pasukan Verona dan Brescia pada 3 November 2019 hari tu, Mario Balotelli diejek oleh penyokong Verona menggunakan bahasa kasar melibatkan perkauman. Mario Balotelli yang dah hilang sabar terus berhenti bermain dan cuba meninggalkan padang.
Scenes in Italy. Mario Balotelli, presumably in response to racist abuse from fans, picks up ball and kicks it into stands.
Here’s the aftermath.
We – football, society – need teammates/opponents to stop pleading with victims to not walk off, start walking off with them instead pic.twitter.com/wQ6rfs7j0K
— Henry Bushnell (@HenryBushnell) November 3, 2019
Selepas insiden ni berlaku, Verona didenda oleh Serie A, satu perlawanan akan diadakan secara tertutup. Tak lama selepas Verona dikenakan denda, ketua Ultras Verona, Luca Castellini dijemput oleh sebuah stesen radio di Itali, Radio Cafe untuk ditemu bual mengenai insiden tersebut. Semasa ditemu bual, Luca Castellini masih lagi mempertahankan tindakan ultras Verona dan mengeluarkan kata-kata perkauman kepada Mario Balotelli.

Image Via : theguardian.com
Pada 5 November 2019, Verona secara rasmi mengumumkan yang Luca Castellini digantung daripada menghadiri perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Verona sebagai tuan rumah sehingga 30 Jun 2030.

Image Via : hellasverona.it
Mario Balotelli dilahirkan pada 12 Ogos 1990 di Palermo, Itali, merupakan bekas pemenang anugerah Golden Boy pada tahun 2010 dan pernah menang Premier League bersama Manchester City pada tahun 2012. Setakat artikel ni ditulis, Mario Balotelli masih lagi beraksi bersama pasukan Brescia, berjaya jaringkan 2 gol dalam 6 perlawanan.
View this post on Instagram
KATALAKI: Kita sendiri sebagai penonton dan peminat bola sepak, kena buang jauh-jauh sifat perkauman yang ada kat dalam diri.