Kewujudan Kampung Konoha Tempat Naruto!

Sembang

Salah satu anime paling popular di dunia, Naruto sekarang ni dah ada taman tema tersendiri yang terletak di Jepun. Lokasi yang lebih tepat, taman tema Naruto terbaru ni beroperasi kat Taman Tema Nijigen no Mori, Awaji, Hyojo Prefecture, Jepun.

Image Via : gamestart.asia

Image Via : Twitter

Taman tema ni bukan je diinspirasikan daripada anime Naruto, tapi berkolaborasi gak dengan filem spin-off Naruto yang bertajuk Boruto. Kalau korang nak merasa macam mana jadi ninja macam Naruto atau nak buat aksi lari gaya Naruto tu, tempat ni memang sesuai untuk korang.

Image Via : Twitter

Image Via : deskgram.net

Selain daripada boleh bergambar dengan patung-patung ninja yang ada dalam cerita Naruto dan Boruto, ada gak disediakan aktiviti ala-ala ninja untuk korang try.

Image Via : gamestart.asia

Kalau korang dah lama teringin nak tengok Tsunade depan-depan, mungkin kat sini gak satu-satunya tempat untuk korang jumpa Tsunade dan bergambar. Huhuhu.

Kalau korang nak tengok sendiri macam mana rupa taman tema terbaru Naruto ni sebelum nak beli tiket, nah tengok dulu video brader kat bawah ni yang dah pergi tengok dan try aktiviti ninja Naruto kat Taman Tema Nijgen no Mori.

KATALAKI: Korang sempat layan anime Naruto sampai habis tak? Bertahun gak nak tunggu last episode Naruto ni.

Last modified: 2 May 2019