KGB – Security Agency Yang Pernah Ceroboh FBI dan CIA!

Sembang

KGB atau nama penuhnya Komitet Gosu-dar-stvennoy Bezo-pasnoati merupakan bekas main security agency untuk Soviet Union  dari tahun 1954 sehingga 1991. KGB memang terkenal dengan standard operating procedure dia yang agak ganas.

Di Soviet Union sendiri, KGB amat ditakuti oleh rakyat. Mereka-mereka yang cuba untuk menentang pemerintahan Soviet Union akan diseksa dan dihantar ke Labor Camps manakala di luar negara pula, KGB selalu dikaitkan dengan kes penculikan, pembunuhan dan misi mengintip pihak musuh.

Dorang punya power sampai dorang boleh letak pengintip dekat Central Intelligence Agency (CIA) dan juga Federal Bureau of Investigation (FBI), tanpa diketahui oleh pihak CIA dan FBI selama bertahun-tahun!

Rahsia mereka mula terbongkar pada tahun 1992 oleh bekas pegawai KGB sendiri iaitu Vasili Mitrokhin. Dia telah melarikan diri ke United Kingdom dan telah memberikan info dan fail tentang kegiatan pihak KGB sejak ia ditubuhkan.

Fail-fail ini dikenali sebagai Mitrokhin Archive dan dikatakan mempunyai banyak rahsia-rahsia gelap yang cuba disembunyikan oleh KGB. Antara maklumat yang terdapat dalam fail ini adalah nama agen-agen rahsia KGB yang mana telah menyelinap masuk dalam pelbagai agency kerajaan di seluruh dunia.

Antaranya adalah Melita Norwood (CODENAME: HOLA), seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Atomic Research Center di British. Dia dikatakan telah menyerahkan pelbagai maklumat rahsia nuclear pihak British kepada KGB.

Dalam file ini juga terdapat beberapa rancangan untuk pembunuhan pelbagai ahli politik dan cubaan untuk sabotaj pelbagai binaan di seluruh dunia, Antara rancangan paling besar pihak KGB adalah untuk mengganggu power supply di Amerika Syarikat dan membuatkan satu negara itu terputus bekalan tenaga.

Mereka telah merancang untuk memusnahkan Hungry Horse Dam dan juga Flathead Dam. Andaikata rancangan ini berjaya, boleh dikatakan seluruh Amerika Syarikat akan terputus bekalan tenaga dan ini akan mendatangkan kucar-kacir kepada system pertahanan Amerika Syarikat.

Mereka bukan sahaja fokus kepada Amerika Syariikat sahaja tapi mereka juga bercadang untuk menyebarkan fahaman komunis di negara asia contohnya di Indonesia. Antara kes terkenal adalah apabila mereka cuba memeras ugut President Sukarno.

Mereka telah menghantar pelbagai wanita-wanita cantik ke bilik hotel Sukarno semasa dia melawat Moscow. Mereka telah merakam aksi seksual antara Sukarno dengan wanita-wanita ini dan menggunakan rakaman ini untuk memeras ugut Sukarno.

Namun rancangan itu tidak berjaya malah Sukarno tanpa segan silu mengaku yang dia ada melakukan hubungan terlarang dengan wanita-wanita tersebut dan meminta pihak KGB untuk menghantar salinan video itu kepadanya untuk ditonton semasa waktu lapang.

Tidak dilupakan KGB juga terlibat dalam membantu banyak kumpulan-kumpulan pengganas diseluruh dunia. Antaranya adalah memberi bekalan senjata api kepada Irish Republican Army (IRA) dan juga membantu Palestine Liberation Organization (PLO)  dalam pelbagai rancangan mereka untuk merampas kapal terbang.

Pada tahun 1991, Soviet Union telah berjaya dijatuhkan dan segala kegiatan KGB telah dihentikan serta-merta. Ia kemudiannya telah diubah menjadi Federal Counterintelligence Service (FSK) sebelum ditukar sekali lagi menjadi Federal Services of the Russian Federation (FSB).

KATALAKI: Tahukah korang yang Vladimir Putin, President Rusia merupakan salah seorang bekas perisik KGB dan pernah berkhidmat untuk KGB selamat 16 tahun sebelum KGB dijatuhkan!

Last modified: 20 August 2019