Khairul Idham Pawi Rider Malaysia Cuba Jual Nasi Lemak

Aktif, Motorsports

Lepas dah settle rasmikan motor baru yang akan digunakan dalam musim terbaru MotoGP, bukan main lagi rider Petronas Yamaha Sepang Racing Team berjalan sakan kat sekitar Kuala Lumpur. Nak usha macam mana rupa motor baru dorang, boleh baca kat sini.

Sumber : Petronas SRT

Sumber : Petronas SRT

Sumber : Petronas SRT

Tak cukup jalan-jalan, dorang pergi lak Tapak, Urban Street Dining, Jalan Ampang jual makanan kat food truck. Tapi jual makanan ni bukan saje-saje je, hasil jualan makanan ni dorang akan sumbangkan kat badan-badan kebajikan. Penyampai Hot FM, Shuk, Ajak, Fizie & Zetty pun ada gak partner dengan setiap sorang rider.

Sumber : Hot FM

Sumber : Hot FM

Sumber : Hot FM

Sebelum MotoGP start, kita study balik apa yang kita wajib tahu pasal Khairul Idham Pawi, satu-satunya rider Malaysia yang mewakili team MotoGP dari Malaysia, Petronas Yamaha SRT dalam kelas Moto2.

Khairul Idham Pawi atau KIP berasal dari Kampung Gajah, Perak, merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Kali pertama KIP berlumba dalam perlumbaan MotoGP untuk kelas Moto3 ialah pada 27 September 2015 sebagai pelumba wildcard di Litar Aragon, Sepanyol bersama Honda Team Asia. Masa ni KIP baru berumur 17 tahun. KIP mulakan perlumbaan di petak ke-34 dan berjaya tamatkan perlumbaan di petak ke-25.

Tahun 2016, secara rasminya KIP bersaing dalam perlumbaan Moto3 sepanjang musim selepas berjaya mendapat kepercayaan daripada Honda Team Asia untuk berentap dengan pelumba-pelumba lain bersama jentera Honda. Tahun pertama beraksi di pentas tertinggi perlumbaan motor dunia, KIP berjaya jadi juara perlumbaan sebanyak dua kali, satu di Litar Argentina dan satu di Litar German.

Bukan senang nak menang dalam perlumbaan Moto3 di MotoGP. Nak menang sekali pun memang susah. Apatah lagi dua kali. Korang yang dah biasa tengok perlumbaan Moto3 mesti tahu betapa rakusnya pelumba-pelumba muda yang bersaing dalam Moto3. Dua-dua kemenangan KIP ni dalam keadaan litar yang basah disebabkan hujan. Masa ni la KIP mula dikenali sebagai pakar wet weather dalam kalangan pelumba-pelumba Moto3.

Selepas prestasi yang memberangsangkan di Moto3, tahun 2017 KIP dibawa masuk oleh team Idemitsu Honda Team Asia untuk berlumba dalam kelas yang lebih mencabar dan motor yang lebih berkuasa, Moto2. Dua tahun KIP bersaing dalam Moto2, prestasi KIP agak menurun selepas hanya berjaya kumpul 10 mata pada tahun 2017 dan 1 mata pada tahun 2018 dalam kedudukan keseluruhan pelumba Moto2.

MotoGP tahun 2019 ni, KIP sekali lagi akan beraksi dalam saingan Moto2, kali ni dengan team baru, Petronas Sprinta Racing menggunakan jentera Kalex. Korang boleh usha motor nombor 89 yang akan digunakan oleh KIP dalam Moto2 nanti kat bawah ni.

KATALAKI: Air tangan pelumba Malaysia yang bawa jentera dari Malaysia, kita doakan boleh cabar untuk podium dalam race Moto2 tahun ni.

Last modified: 4 February 2019