Khas Untuk Bro Kipas Susah Mati Kingdom Hearts!

Gadget, Tech

Kingdom Hearts baru sahaj mengeluarkan permainan terbaru untuk siri mereka iaitu Kingdom Hearts 3. Permainan video ini memang telah lama dinanti oleh peminat-peminat siri Kingdom Hearts.

Kingdom Hearts 3 merupakan permainan video action roleplaying game yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh Square Enix untuk PS4 dan Xbox One. Kingdom Hearts 3 ini merupakan permainan ke 12 untuk siri ini dan merupakan sequal untuk Kingdom Hearts 2.

Permainan ini mengisahkan tentang Sora bersama-sama dengan watak dari Disney iaitu Donald Duck, Goofy dan King Mickey dalam mencari tujuh Guardian of Light dan Key To Return Heart demi menghalang Xehanort dari mencetuskan peperangan Keyblade. Yang menariknya dalam game ini, pemain akan dapat berjumpa dengan pelbagai watak-watak daripada Disney dan juga Pixar!

Untuk meraikan permainan Kingdom Hearts 3 ini, pihak Sony telah mengeluarkan Walkman khas untuk Kingdom Hearts 3! Walkman ini menampilkan watak utama permainan ini iaitu Sora pada bahagian belakang Walkman.

Walkman ini dilengkapi dengan storage sebesar 16GB dan boleh di expand sehingga 144GB dengan menggunakan microSD card. Walkman ini didatangkan dengan satu warna sahaja iaitu Grayish Black.

Bukan setakat itu sahaja, Sony turut mengeluarkan headphone h.ear on 2 Kingdom Hearts 3 limited edition! Wireless headphone ini mempunyai rekaan logo yang terdapat dalam permainan video Kingdom Hearts 3. Headphone ini juga didatangkan dengan satu warna sahaja iaitu Grayish Black.

Bagi korang yang berminat nak dapatkan Walkman dan headphone kingdom Hearts 3 limited edition ini bolehlah usha dekat website Sony Japan. Fuh kering poket bro!

KATALAKI: Dengan harga macam tu tak pastilah ada orang Malaysia yang beli ke tidak hahaha!

Last modified: 11 February 2019