Kisah 2 Manusia Terperangkap Dalam Rumah?

Sembang


Dalam keadaan dunia kita yang tidak menentu sekarang ini apabila bila satu dunia sedang dilanda krisis wabak yang membuatkan kita, bukan sahaja di Malaysia tetapi di beberapa negara memerlukan pihak berkuasa untuk memerintah kita sebagai rakyat untuk duduk di rumah.

“Stay at home” bak kata Perdana Menteri, TAN Sri Muhyiddin Yassin dalam mengingatkan kita semua untuk duduk di rumah dan jangan keluar kemana-mana di saat negara kita, Malaysia memerlukan bantuan kita sama-sama patuhi arahan yang telah di sampaikan dengan jelas.

Ketika artikel ini ditulis, kita semua sudah terperap di dalam rumah lebih kurang memasuki 7 hari tanpa memerlukan kita untuk keluar rumah menjalankan aktiviti harian. Mungkin ini adalah kebetulan tetapi harini kami nak kongsikan dengan korang sebuah filem yang secara dasarkan adalah tentang 2 manusia yang mendapati mereka terperangkap di dalam rumah.

Mungkin sekarang adalah waktu yang sangat terbaik untuk filem ini di releasekan di panggung wayang, atau filem ini mungkin juga adalah filem yang terbaik untuk kita tonton dan rasa relatable dengan situasi yang ada.

Filem yang kami maksudkan ini adalah filem berjudul “Vivarium”. Filem ini diarahkan oleh pengarah Lorcan Finnegan, dan filem Vivarium ini mengisahkan tentang Tom yang dilakonkan oleh Jesse Eisenberg dna teman wanitanya bernama Gemma yang dilakonkan oleh Imogen Poots dimana mereka berdua sedang mencari rumah yang sesuai untuk mereka tinggal bersama.

Namun sejurus berada di sebuah kawasan perumahan yang telah dibina. Mereka mendapati yang mereka tidak dapat keluar daripada kawasan perumahan tersebut. Selepas cuma berkali-kali untuk keluar daripada kawasan tersebut, mereka terpaksa duduk di rumah yang mereka telah bercadang untuk membeli.

Kehidupan pasangan itu menjadi lebih rumit lagi apabila mereka telah diberikan kotak yang mengandungi seorang bayi lelaki dan mereka ditugaskan untuk menjaga bayi lelaki tersebut sehingga besar. Namun daripada amatan video trailer yang telah di releasekan, Tom dan Gemma dilihat cuma dengan sedaya upaya untuk melepaskan diri mereka daripada terperangkap di persekitaran kawasan perumahan dan bayi lelaki tersebut bukan lah bayi yang biasa biasa tetapi….

Keadaan mula menjadi tidak terkawal buat Tom dan Gemma dimana mereka cuba memaksa sedaya upaya untuk pulang ke kehidupan normal mereka dan melarikan diri daripada kawasan perumahan tersebut.

Walaupun ianya sedikit sebanyak mengambarkan situasi kebanyakkan kita apabila kita seakan atau seperti terperangkap di rumah. Namun filem ini adalah di inspirasikan daripada situasi kekurangan rumah yang melanda negara Ireland baru-baru ini menurut pelakon utama Jesse Eisenberg.

“Filem ini di keluarkan untuk tontonan umum ketika dunia menghadapi isu pandemik secara global dan ramai yang sedang terperap di rumah untuk menyelamatkan diri daripada ancaman yang kita tidak nampak ini. Dan apa cara sekali pun, filem ini dilihat jelas kena dengan situasi kita semua” menurut Jesse Eisenberg.

Walaupun panggung wayang di negara kita serta di Amerika Syarikat masih lagi ditutup buat sementara waktu ini dan kebanyakkan filem-filem terbaharu telah ditangguhkan pengeluaran. Filem ini tetapkan akan dikeluarkan secara video-on demand dan di servis digital pada 27 Mac 2020. Namun jangan risau kerana filem ini masih dijadualkan untuk tayangan di panggung wayang cuma masih belum ada apa-apa info tentang tarikh tayangannya.

KATALAKI: Stuck ngan awek takpe tapi cuba bayangankan kalau stuck dengan housemate kita yang annoying?


Last modified: 22 April 2020