Kisah Bapa Michael Jordan Yang Dibiarkan Mati Sehingga Reput

Sembang, ZAP, ZeKool

Kalau korang dah pernah tengok siri dokumentari yang menceritakan mengenai jatuh dan bangun Michael Jordan bertajuk The Last Dance kat Netflix, korang boleh nampak setiap kejayaan yang dikecapi oleh Michael Jordan, sentiasa ditemani oleh bapanya, James Jordan. Tapi, pada 23 Julai 1993, 8 hari sebelum menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-57, mayat James Jordan dijumpai dalam keadaan yang menyedihkan di sebuah paya yang terletak di South Carolina, Amerika Syarikat.

 

View this post on Instagram

 

My Dad was always one of My Biggest inspirations ! Love you pops #jordan #michaeljordan

A post shared by Michael Jordan (@michaeljordan) on

Semasa kejadian tragis yang menimpa kepada James Jordan berlaku, Michael Jordan baru je meraikan kejayaan menjulang kejuaraan NBA untuk kali ke-3 bersama Chicago Bulls dan dianugerahkan NBA Finals MVP untuk kali ke-3 berturut, menjadikan Michael Jordan pemain NBA pertama yang pernah menang anugerah NBA Finals MVP sebanyak 3 kali berturut-turut dalam sejarah. Kegembiraan Michael Jordan pada waktu tersebut disentap selepas bapanya, James Jordan yang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis pengebumian dan berhenti sekejap di tepi lebuh raya untuk berehat, dirompak dan ditembak oleh dua orang remaja, dikenali sebagai Daniel Green dan Larry Demery, sebelum membawa lari kereta yang dipandu oleh James Jordan.

Walau bagaimanapun, mayat James Jordan tidak berjaya dijumpa serta-merta. Selepas dilaporkan hilang untuk beberapa hari, pada 3 Ogos 1993 baru lah pihak polis berjaya jumpa mayat James Jordan dalam keadaan mereput di sebuah paya, selepas 11 hari mati ditembak oleh perompak. Disebabkan keadaan mayat James Jordan yang mereput, pihak berkuasa dan keluarga Michael Jordan memerlukan masa selama 10 hari untuk mengesahkan mayat yang dijumpai merupakan mayat James Jordan, dengan bantuan rekod pergigian.

Daniel Green dan Larry Demery yang menggunakan telefon bimbit milik James Jordan selepas merompak dan membunuh James Jordan, ditangkap serta-merta, didakwa di mahkamah sebagai suspek utama kes pembunuhan James Jordan. Didapati bersalah dengan bukti dan pengakuan yang dibuat oleh Larry Demery, masing-masing dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Kematian bapa kesayangan yang sentiasa menemani kegagalan dan kejayaan Michael Jordan menyebabkan Michael Jordan hilang minat dengan sukan bola keranjang, membuat keputusan yang mengejutkan dunia apabila mengumumkan persaraan pada 6 Oktober 1993, ketika berumur 30 tahun. Selepas bersara daripada sukan bola keranjang, Michael Jordan sekali lagi mengejutkan dunia, kali ni menyertai pasukan Chicago White Sox untuk bersaing dalam Minor League Baseball pada 7 Februari 1994. Diakui oleh Michael Jordan sendiri, sukan baseball merupakan sukan pertama yang diajar oleh bapanya dan bapanya sendiri memang memasang impian untuk melihat Michael Jordan menjadi pemain baseball ternama suatu hari nanti.

Bertahan selama setahun dalam sukan baseball, Michael Jordan akhirnya kembali beraksi di NBA pada 18 Mac 1995 dan kekal menjulang kejayaan bersama pasukan Chicago Bulls sehingga meninggalkan pasukan Chicago Bulls pada tahun 1999.

KATALAKI: Yang terbaru, salah seorang pesalah yang membunuh James Jordan iaitu Larry Demery, diberikan parol dan dijangka akan dibebaskan pada tahun 2023.

Last modified: 28 August 2020