Kisah Benar DADAH Yang Dijadikan Filem

Sembang

Setakat ni, kisah benar perjalanan hidup ketua kartel dadah versi filem mana satu yang berjaya buat korang terpukau? Tapi korang kena ingat, seindah mana pun kejayaan yang berjaya dikecapi oleh ketua kartel dadah tersebut, kesudahannya tetap mengerikan sebab dadah merupakan musuh nombor satu dunia.

Rasanya, bersepah gak la filem-filem yang pernah ditayangkan sebelum ni, diambil daripada kisah benar hidup penjenayah-penjenayah popular yang pernah terlibat dalam bisnes dadah. Mungkin ada yang korang dah pernah tengok atau baru pertama kali dengar, ini antara filem-filem yang diadaptasikan daripada kisah benar kartel dadah yang patut korang tengok.

BLOW

Dilakonkan oleh Johnny Depp, George Jung merupakan seorang penyeludup dadah yang pernah membawa masuk sebahagian besar bekalan kokain dari Colombia ke Amerika Syarikat, dari tahun 70an sehingga 80an.

George Jung juga merupakan invididu penting yang mempunyai hubungan terus dengan ketua Medellín Cartel, Pablo Escobar untuk membekalkan kokain ke Amerika Syarikat. Filem Blow ditayangkan pada tahun 2001. Masa tu Johnny Depp berumur 38 tahun.

AMERICAN MADE

Diilhamkan daripada kisah jenayah yang pernah dilakukan oleh Barry Seal yang dilakonkan oleh Tom Cruise, Barry Seal merupakan seorang bekas juruterbang yang bekerja dengan Pablo Escobar, membawa masuk dadah daripada Colombia ke Amerika Syarikat melalui jalan darat.

Selepas berjaya ditangkap, Barry Seal bersetuju untuk jadi pemberi maklumat mengenai aktiviti penjualan dadah kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat sebelum dibunuh oleh pembunuh yang diupah oleh Pablo Escobar. Filem ni ditayangkan pada tahun 2017.

AMERICAN GANGSTER

Kisah seorang penyeludup dadah yang bermula sebagai seorang pemandu dah akhirnya menjadi ketua kartel dadah terkenal di Amerika Syarikat dikenali sebagai Frank Lucas, dilakonkan oleh Denzel Washington.

Frank Lucas juga terkenal disebabkan dengan beraninya mencari pembekal dadah utama di Asia Tenggara untuk membawa masuk ke Amerika Syarikat menggunakan keranda askar Amerika Syarikat yang terkorban di dalam peperangan. Filem ni kali pertama ditayangkan pada tahun 2007.

KATALAKI: Kalau drama rasanya ada lagi banyak yang menceritakan pasal ketua kartel dadah.

Last modified: 26 February 2020