Kisah Benar Koleksi Helmet Rossi

Aktif, Motorsports

Hujung minggu ni, 18 November 2018, ialah track terakhir MotoGP untuk musim 2018. Perlumbaan yang akan berlangsung di Valencia, Sepanyol ni juga akan menentukan siapa MotoGP Rookie Of The Year untuk tahun 2018. Hafizh Syahrin atau Franc Morbidelli.

Sebelum MotoGP 2018 melabuhkan tirai, mari kita usha antara koleksi-koleksi helmet legend MotoGP, Valentino Rossi yang memang famous dengan design helmet yang rare dan cun. Korang pun mesti pernah bertembung dengan bros yang naik motor pakai helmet Valentino Rossi kat jalan raya kan?!

The Sun And Moon (1996)

Sumber : motogp.com

Ini lah dia helmet pertama yang digunakan oleh Valentino Rossi dalam karier MotoGP nya. Rossi guna helmet ni masa Rossi bersaing dalam class 125cc dengan jentera Aprillia.

Nampak macam dua helmet yang berlainan, tapi sebenarnya helmet yang sama. Sebelah kanan berwarna kuning dengan grafik matahari dan sebelah kiri berwarna hitam dengan grafik bulan. Dengan helmet ni juga lah Valentino Rossi kali pertama berjaya naik podium dalam sejarah karier MotoGP nya. Nah video kemenangan pertama Rossi dalam 125cc. Celebrate sampai nak rempuh divider track tu!

Graziano Tribute (2002)

Pada tahun 2002, Valentino Rossi gunakan design helmet terbaru di track Mugello yang diilhamkan daripada helmet bapanya, Graziano Rossi, juga seorang pelumba motor. Design helmet ni pernah digunakan oleh Graziano Rossi dalam perlumbaan MotoGP pada tahun 1979, tahun yang sama Valentino Rossi lahir.

Peace, Barry Sheene Tribute (2003)

Sumber : motogp.com

Bukan helmet LGBT, tapi helmet ni diilhamkan daripada dua benda. Yang pertama, helmet yang dipenuhi dengan warna pelangi dan ada perkataan “Pace” di belakang helmet ni menunjukkan yang Valentino Rossi membantah peperangan yang berlaku di Iraq masa tu. “Pace” dalam bahasa itali bermaksud “Peace“.

Yang kedua, nombor 7 yang ada kat helmet ni diilhamkan daripada rakan dan idola Valentino Rossi dalam sukan MotoGP, Barry Sheene yang meninggal disebabkan kanser, beberapa hari sebelum MotoGP test session di track Catalunya.

The Boxer (2012)

Design helmet yang diilhamkan untuk membahan prestasi Valentino Rossi sendiri yang teruk dibelasah oleh pelumba-pelumba lain masa Valentino Rossi berlumba untuk jentera Ducati. Selama 2 tahun Valentino Rossi bersama Ducati, tiga kali je Valentino Rossi berjaya naik podium.

Soleluna (2013)

Salah satu helmet paling cun yang pernah dipakai oleh Valentino Rossi, helmet ni antara yang famous juga di kalangan peminat-peminat VR46 satu dunia. AGV ada keluarkan versi replika untuk orang ramai beli. Helmet ni dipakai oleh Valentino Rossi selepas keluar daripada Ducati dan kembali kepada jentera Yamaha.

Wish You Were Here (2013)

Design helmet ni diinspirasikan daripada cover album Pink Floyd, “Wish You Were Here”. Tapi makna sebenar bagi Valentino Rossi pasal helmet ni ialah untuk memperingati rakan baiknya, Marco Simoncelli yang meninggal dunia masa perlumbaan MotoGP di Sepang pada tahun 2011.

Shark (2015)

Masa ni, Valentino Rossi tengah bersaing sengit dengan teammate nya sendiri, Jorge Lorenzo yang selalu sayurkan Valentino Rossi dalam beberapa race MotoGP. Shark belakang tu melambangkan Jorge Lorenzo dan ikan kuning yang muka penuh dedikasi tu Valentino Rossi. Lepas Valentino Rossi pakai helmet ni la Jorge Lorenzo guna helmet jenama Shark!

KATALAKI: Korang ada helmet Rossi yang mana satu?

Last modified: 11 September 2019