Kisah Benar Lagu Stan, Peminat Sanggup Bunuh Diri Sebab Eminem?

Sembang

Ada lagi tak antara korang yang masih boleh layan lagu-lagu Eminem walaupun dah nak masuk tahun 2021? Kalau korang yang membesar sekitar awal tahun 2000, mesti dah cukup faham dengan macam-macam kontroversi yang pernah dicetuskan oleh Eminem, termasuk lah lagu-lagu Eminem yang penuh dengan nada kemarahan berserta lirik yang berunsurkan sindiran, dadah dan kekejaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marshall Mathers (@eminem) on

Eminem yang dianggap sebagai one of the greatest rappest of all time, mula menapak nama dalam bidang muzik sekitar tahun 1996 apabila lahirnya album pertama yang diberi nama Infinite. Malang sekali, album Infinite gagal menaikkan nama Eminem disebabkan lagu-lagu dan lirik yang ditampilkan dalam album tersebut belum lagi menampakkan personaliti Eminem yang lebih garang dan kejam macam sekarang ni. Sebelum keluar album pertama pun Eminem dah memang aktif memperjuangkan muzik rap secara underground sejak berumur 14 tahun.

Populariti Eminem tiba-tiba mencanak apabila munculnya album kedua bertajuk The Slim Shady LP yang dipasarkan pada tahun 1999, menampilkan salah satu lagu popular yang diputarkan di seluruh dunia iaitu My Name Is. Menerusi album The Slim Shady LP juga, Eminem berjaya menang anugerah Best Rap Album dan lagu My Name Is diangkat sebagai Best Rap Solo Performance di Grammy Awards pada tahun 2000.

Selepas kejayaan album The Slim Shady LP, Eminem sekali lagi menggegarkan dunia hip-hop dengan kemunculan album ketiga, The Marshall Mathers LP yang dianggap sebagai salah satu album paling kontroversi di Amerika Syarikat, dipasarkan pada tahun 2000. Lirik yang ditulis oleh Eminem untuk lagu-lagu dalam album The Marshall Mathers LP lebih kasar dan kejam berbanding album The Slim Shady LP, menceritakan mengenai perjalanan hidupnya yang berubah daripada seorang yang miskin tiba-tiba kaya, menyindir lagu-lagu yang pernah dihasilkan oleh dirinya sendiri dan kisah kerumitan rumah tangga bersama keluarga dan isterinya. Lagu-lagu yang pernah popular dalam album The Marshall Mathers LP termasuk lah lagu The Real Slim Shady, The Way I Am dan dan Stan. Kalau korang nak rasa sendiri betapa kejamnya album The Marshall Mathers, korang boleh cuba dengar lagu yang bertajuk Kim, lagu yang menceritakan tentang hubungan toksik yang berlaku antara Eminem dan bekas isterinya.

Selain daripada lagu Kim, ada sebuah lagi lagu dalam album The Marshall Mathers LP yang mencipta kontroversi iaitu lagu yang bertajuk Stan, menggabungkan Eminem dan Dido. Lagu Stan merupakan hasil gabungan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Dido bertajuk Thank You, dirakam semula bersama Eminem untuk dimasukkan dalam album The Marshall Mathers LP. Lagu Stan pernah kecoh selepas kali pertama diperdengarkan kepada umum sebab ramai yang menganggap kisah yang diceritakan dalam lagu Stan merupakan kisah benar yang berlaku kepada Eminem, melibatkan seorang peminat, dikenali sebagai Stanley Mitchell yang terlalu taksub dengan Eminem, sehingga menjadi seorang yang agresif dan sanggup membunuh isterinya yang tengah sarat mengandung disebabkan surat yang dikirim kepada Eminem tidak dilayan.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menganggap apa yang diceritakan dalam lagu Stan bukan lah kisah benar. Sebaliknya, hanya lah cerita yang direka oleh Eminem untuk memantapkan lagi jalan cerita lagu. Menurut orang ramai yang tak percaya dengan kisah benar lagu Stan, timbul satu persoalan, kalau betul ada seorang peminat Eminem yang sanggup membunuh isteri dan kemudian membunuh diri sebab tak dilayan oleh Eminem, mesti dah keluar berita. Sama ada lagu Stan ni kisah benar atau pun tak, apa yang diceritakan dalam lagu Stan tetap menyeramkan.

KATALAKI: Setakat ni Eminem dah pernah keluarkan 11 album studio, album terbaru bertajuk Music to Be Murdered By dipasarkan pada tahun 2020. 

Last modified: 18 August 2020