Kisah Benar – Mangsa Rogol Kahwin Perogol

Feature, Sembang, ZeKool

ϟ Trending

Pada 4 Mac 1997, kontroversi tercetus di Amerika Syarikat apabila seorang guru, Mary Kay Letourneau, berumur 34 tahun, ditahan oleh pihak polis selepas menerima laporan mengenai Mary Kay Letourneau yang menjalinkan hubungan seksual bersama pelajarnya, Vili Fualaau, berumur 13 tahun. Semasa berada dalam tahanan pihak polis, Mary Kay Letourneau disahkan mengandung.

Sebelum ditahan, pihak polis pernah terserempak dengan Mary Kay Letourneau yang berada di dalam sebuah kereta bersama Vili Fualaau di tempat letak kereta dan dibawa ke balai polis. Walau bagaimanapun, pihak polis membenarkan Vili Fualaau pulang bersama Mary Kay Letourneau selepas menerima pengesahan dan keizinan daripada ibu kepada Vili Fualaau menerusi panggilan telefon. Selepas pihak polis menerima laporan dan intipan daripada pihak keluarga suami kepada Mary Kay Letourneau, akhirnya Mary Kay Letourneau ditangkap.

Sementara menunggu keputusan daripada mahkamah, Mary Kay Letourneau sempat melahirkan anak pertama bersama Vili Fualaau sebelum mengaku bersalah di atas kesalahan merogol kanak-kanak dan dijatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan, serta tidak dibenarkan untuk menghubungi dan mengganggu Vili Fualaau. Walau bagaimanapun, selepas beberapa minggu selesai menjalani hukuman penjara, Mary Kay Letourneau didapati melanggar arahan pihak berkuasa untuk menjauhkan diri daripada Vili Fualaau apabila Mary Kay Letourneau ditahan oleh pihak polis ketika berada di dalam kereta bersama Vili Fualaau di sekitar kawasan perumahannya.

Disebabkan melanggar perintah mahkamah untuk menjauhkan diri daripada Vili Fualaau, Mary Kay Letourneau yang tengah mengandung anak kedua bersama Vili Fualaau, dijatuhkan hukuman penjara buat kali kedua, kali ni untuk tempoh 7 tahun setengah. Semasa menjalani hukuman penjara untuk kali kedua, Mary Kay Letourneau melahirkan anak kedua bersama Vili Fualaau pada 16 Oktober 1998, membesarkan anaknya di dalam penjara.

Selepas selesai menjalani hukuman penjara pada tahun 2004, Mary Kay Letourneau dan Vili Fualaau sekali lagi mencuri perhatian apabila Vili Fualaau mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk menggugurkan larangan yang dikenakan kepada Mary Kay Letourneau daripada berjumpa atau berhubung dengan dirinya. Selepas menerima lampu hijau daripada pihak mahkamah, Mary Kay Letourneau dan Vili Fualaau secara sah melangsungkan perkahwinan di sebuah majlis perkahwinan yang besar dan meriah, memberi hak eksklusif kepada rancangan Entertainment Tonight untuk melaporkan mengenai kemeriahan majlis perkahwinan Mary Kay Letourneau dan Vili Fualaau kepada media. Perkahwinan Mary Kay Letourneau dan Vili Fualaau bertahan selama 15 tahun, sebelum disahkan bercerai pada tahun 2019. Yang terkini, pada 6 Julai 2020, Mary Kay Letourneau yang menghidap penyakit kanser usus, disahkan meninggal dunia ketika berumur 58 tahun.

KATALAKI: Sebab tu pentingnya kesedaran mengenai jenayah rogol di kalangan kanak-kanak. Semua kena tahu undang-undang, nak tahu lebih boleh baca kat SINI

ϟ Trending

Last modified: 10 August 2020