Kisah Benar Pelopor Industri Filem Lucah Di Jepun

Sembang

Bila kali terakhir korang layan filem atau drama Jepun? Sekarang ni kebanyakkannya drama dan filem Korea yang semakin menjadi pilihan ramai. Drama bersiri terbaru yang ditayangkan kat Netflix, The Naked Director boleh mengembalikan nostalgia kegilaan untuk menonton filem dan drama bersiri Jepun macam zaman dulu.

The Naked Director menceritakan mengenai kisah benar pengarah filem pornografi yang popular di Jepun iaitu Toru Muranishi yang digelar sebagai “Emperor of Porn“.

Image Via : 9gag.com

Watak Toru Muranishi dalam drama bersiri The Naked Director dilakonkan oleh Takayuki Yamada yang sebelum ni popular dengan filem Crows Zero. Korang ingat lagi tak yang mana satu watak Takuyi Yamada dalam filem Crows Zero?

Image Via : hypebeast.com

Berlaku pada sekitar tahun 1980, Toru Muranishi merupakan seorang penjual buku bahasa Inggeris yang gagal selepas tidak berjaya mencari pelanggan. Selepas dibantu oleh seorang rakan sekerja mengenai cara-cara untuk mempengaruhi seseorang dengan kata-kata, Toru Muranishi berjaya menjadi penjual yang paling berjaya dalam syarikatnya. Malang sekali, syarikat tersebut diisytiharkan muflis dan Toru Muranishi mula tak tentu arah selepas hilang pekerjaan.

Image Via : streamly.com

Melalui drama bersiri The Naked Director, kita boleh nampak macam mana Toru Muranishi mula terjebak dengan dunia pornografi secara kecil-kecilan iaitu terlibat dalam proses jual dan beli majalah pornografi. Bila dah berjaya dalam bisnes jual dan beli majalah pornografi, Toru Muranishi mula keluarkan majalah pornografi sendiri yang tidak ditapis atau uncensored sehingga ditangkap pihak polis sebab menyalahi undang-undang filem pornografi di Jepun. Kerjaya Toru Muranishi dalam bidang pornografi diteruskan lagi dengan penghasilan filem lucah sampai menglibatkan pengambaran di Hawaii, sekali lagi ditangkap pihak polis dan dipenjarakan di Hawaii. Walaupun The Naked Director merupakan kisah benar, tapi ada gak beberapa cerita yang direka dan ditambah untuk memantapkan lagi jalan cerita dan drama kepada penonton.

Image Via : justwatch.com

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Toru Muranishi digelar “Emperor of Porn” sedangkan ada lagi syarikat lain yang bersaing dengan Toru Muranishi untuk menghasilkan majalah dan filem pornografi di Jepun. Dalam The Naked Director, kita boleh nampak Toru Muranishi yang mula menggunakan adegan seks yang real untuk filem pornografinya berbanding adegan palsu yang digunakan sebelum ni. Toru Muranishi juga merupakan pencetus kepada filem-filem pornografi yang mempunyai jalan cerita sebelum adegan seks bermula dan berbentuk dokumentari. Tak cukup dengan tu, Toru Muranishi juga merupakan pengarah pertama yang tampil sebagai pelakon dalam filem pornografi arahannya dan mula memperkenalkan filem pornografi berjenis POV.

Image Via : scmp.com

Selain daripada kisah benar Toru Muranishi, kisah benar mengenai bintang pelakon pornografi ternama iaitu Kaoru Kuroki juga ada diceritakan dalam drama bersiri The Naked Director.

Kaoru Kuroki merupakan pelakon pornografi pertama yang menampilkan kelainan istimewa dalam filem pornografi arahan Toru Muranishi. Sehingga kini, kelainan istimewa tu yang menjadi trademark kepada kejayaan Kaoru Kuroki dalam bidang pornografi. Nak tahu apa kelainan istimewa tu korang kena tengok sendiri la dalam The Naked Director. Untuk info, musim ke-2 The Naked Director akan mula ditayangkan tak lama je lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Japan (@netflixjp) on

KATALAKI: Amaran untuk korang yang nak layan The Naked Director, make sure pakai headphone atau earphone untuk elakkan daripada keluar bunyi-bunyi yang tidak selamat xD

Last modified: 25 September 2019