Kisah Di Sebalik Nama Kereta-Kereta Kat Malaysia

Aktif, Motorsports

Korang pernah terfikir tak mana datangnya nama Honda, Toyota, Proton, Perodua dan nama-nama jenama kereta yang lain?

Contohnya, kereta Volkswagen sebenarnya berasal daripada perkataan German yang bermaksud “Folk’s Wagon” atau bahasa yang lebih senang kita faham ialah “People’s Car“. Kali ni jom kita tengok kisah macam mana boleh terciptanya nama-nama kereta lain yang selalu berkeliaran kat atas jalan raya di Malaysia ni. Seatbelt jangan lupa pakai. Let’s go!

Toyota

Nama Toyota sebenarnya berasal daripada nama keluarga pencipta Toyota sendiri iaitu Sakichi Toyoda dan anaknya, Kiichiro Toyoda.

Mana satu ni? Toyoda ke Toyota? Sabar jap. Sebelum lahirnya Toyota, dorang gunakan nama Toyoda untuk semua kereta yang dikeluarkan antaranya Toyoda AA dan Toyoda G1.

Toyoda AA

Toyoda G1

Disebabkan Toyoda bermaksud “Padi Beras Yang Subur” dalam bahasa Jepun, dorang buat keputusan untuk tukar ke nama Toyota yang lebih komersial pada tahun 1937 untuk meluaskan lagi ke pasaran antarabangsa. 

Honda

Honda juga berasal daripada nama keluarga pencipta Honda sendiri iaitu Soichiro Honda. Tapi korang tahu tak sebenarnya syarikat Honda lahir selepas terciptanya Toyota?

Soichiro Honda pernah bersusah payah menghasilkan piston ring untuk bekalan syarikat Toyota dan ditolak oleh Toyota disebabkan kualiti yang tidak memuaskan. Selepas membuat beberapa kajian mengenai kualiti yang Toyota nak, pada tahun 1941 baru lah Soichiro Honda berjaya membekalkan piston ring secara besar-besaran atau mass production kepada Toyota. Kenderaan pertama yang dihasilkan oleh Honda ialah sebuah motosikal yang diberi nama Dream pada tahun 1949.

Honda Dream 

Proton

Nama Proton sebenarnya muncul daripada singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1983. Pada permulaan pembabitan Proton dalam dunia automotif, Proton lebih banyak bekerjasama dengan Mitsubishi Motors sehingga terlahirnya kereta nasional pertama negara, Proton Saga pada tahun 1985. Kereta legend ni! Korang tahu tak sebenarnya Proton Saga dicipta berdasarkan model kereta Mitsubishi Motors, Mitsubishi Lancer Fiore.

Mitsubishi Lancer Fiore

Mitsubishi Lancer Fiore

Perodua

Nama Perodua pula berasal daripada singkatan untuk Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd. Kalau Proton dicipta berdasarkan model kereta Mitsubishi, kereta pertama keluaran Perodua pula dicipta berdasarkan kereta keluaran Daihatsu Mira L200 yang diberi nama Perodua Kancil pada tahun 1994.

 

Daihatsu Mira L200

Daihatsu Mira L200

KATALAKI: Tak sabar nak tunggu kereta nasional ketiga!

Last modified: 3 December 2018