Kisah Disebalik Fashion “Belon Pelik”

Sembang

Kadang kala apabila adanya pertunjukan fashion show yang berlaku di negara Barat. Mesti akan ada dua-tiga rekaan baju yang confirm menarik perhatian penguna alam maya (dibaca: Internet). Daripada baju yang kelihatan mewah dan gah, hinggalah ke rekaan-rekaan yang tidak masuk akal langsung. Dan penguna-penguna alam maya akan turut bersedia untuk di amaze kan dengan rekaan-rekaan pelik ini.

Tipu lah kalau korang tak terserempak dengan sebuah video fashion show yang tular dimana kita menyaksikan beberapa model memperagakan rekaan baju yang kelihatan seperti “getah pelindung”. Apakah kisah disebalik rekaan fashion misteri berwarna-warni ini? Kenapa ianya sekali pandang kelihatan seakan seperti kondom bergerak. Nampak macam rekaan baju alien pun ada. Sebelum kita bedah siasat, apa kata korang usha dulu rekaan baju-baju  ni.

Nampak pelik bukan? Well sebenarnya baju-baju tersebut diciptakan oleh seorang grad student daripada Central Saint Martins – University of the Arts London, rekaan baju yang dikatakan sangat innovative itutelah pun diperagakan buat pertama kalinya di pentas acara runway Fashion show dan ianya berjaya memukau bukan sahaja penguna Internet. Malah kesemua penonton yang hadir pada acara tahunan pertunjukkan BA Fashion show.

 

View this post on Instagram

 

💙 SHOW TOMORROW 💙 7PM #BAFCSM19 @bafcsm

A post shared by FREDRIK TJÆRANDSEN (@fredriktjaerandsen) on

Fredrik Tjaerandsen yang merupakan grad student dan pereka “baju balon” telah menyampaikan koleksi reka bentuk pakaian balloon yang mampu beralih bentuk di pameran fasyen yang perlangsung. Apa yang dilihat sebagai bentuk belongergasi berwarna-warni yang di transform daripada pakaian getah lalu menjadi bentuk satu set baju two-piece top dan skirts. Video-video ketika berlangsungnya acara pertunjuk fasyen tersebut yang dimuat-naik ke laman Instagram tidak terjangka mengejutkan para penguna media sosial.

Reka bentuk pakaian avant-garde ciptaan Fredrik Tjaerandsen itu berjaya membawa pulang Anugerah L’Oréal Professionnel Young Talent. Anugerah perhargaan tertinggi buat para pelajar reka bentuk di Central Saint Martins University.

HAHAHAHAA

 

View this post on Instagram

 

For the details @fredriktjaerandsen – video by @stephaniecoop acting pathway leader for FDM

A post shared by BA FASHION CSM (@bafcsm) on

“Saya design `bubble’ dalam bentuk torus. Bahagian dalaman torus adalah tempat pakaian dibina dan diterbalikkan ke bubble. Getah yang saya gunakan adalah daripada syarikat yang mempunyai pengeluaran getah di Sri Lanka.” kata Fredrik dalam sebuah interview bersama Love Magazine. Pelajar reka bentuk itu memberitahu bagaimana pakaian yang digelah ‘bubble’ berfungsi.

Fredrik mendedahkan bagaimana pakaian belon tiup itu berfungsi. “Saya telah bina beberapa kepingan-kepingan getah untuk pakaian ini dengan sistem tekanan udara yang membolehkan pemakai mengawal aliran udara, apabila pemakai mahu mengecilkannya, mereka hanya membuka selak di dalam untuk melepaskan bahagian gelembung yang diterbalikkan dan kemudian menyelam keluar daripada gelembung getah.”

Walaupun rekaan baju cipta Fredrik ini nampak begitu pelik. Baju belon ‘bubble’ ini dikatakan mengambil masa selama kir-kira sepuluh minit untuk mengembungkan buat yang saiz kecil dan selama satu jam pula masa yang diambil untuk mengembungkan baju yang bersaiz besar.

Katanya lagi apabila pemakai mahu mengecilkannya, mereka hanya membuka selak di dalam untuk melepaskan bahagian gelembung yang diterbalikkan dan kemudian menyelam keluar daripada gelembung getah tersebut. Apa-apa pun reka bentuk baju. Yang harus kita memberi pujian adalah daripada segi seni dan juga rekaan yang sangat innovative yang telah Fredrik ciptakan. Bukan senang untuk seseorang memukau para penonton dengan design yang luar biasa seperti ini. Keep your minds wide open, people. Suka ataupun tidak, itu belakang kira.

KATALAKI: Kalau siapa buat baju raya memang kena terajang dengan mak akuuuu….

Last modified: 3 June 2019