Kisah Disebalik Lagu ‘Menanti Kekasih’ Yang Berhantu!

Sembang, ZeKool

Mungkin kena bagi amaran dahulu kepada yang tak suka dengan benda seram atau ada trauma dengan kejadian-kejadian aneh untuk tidak mendengar lagu ini pada waktu tengah malam. Kalau nak dengar mungkin boleh dengar pada waktu siang bersama member korang. Itu lah antara amaran yang diberikan oleh beberapa orang yang dikatakan pernah diganggu selepas mendengar lagu ini. Tapi kenapa lagu ini dikatakan berhantu dan apa kisah disebalik lagu nyanyian Alda Risma ni? Kepada peminat kisah-kisah mistik, jom kita kupas sikit kisah disebalik lagu Menanti Kekasih ini.

LAGU DISIAPKAN OLEH HANTU??

Itu lah misteri yang menyelubungi tentang bagaimana lagu ini dihasilkan. Menurut kisah yang sering diceritakan, lagu Menanti Kekasih ini dihasilkan tiga hari sebelum pihak polis menemui mayat Alda Risma di sebuah hotel pada Disember 2006. Punca kematiannya disyaki ada kaitan teman lelakinya sendiri. Bukan kes bunuh, tapi disyaki overdose sebab terlalu kecewa. Ada cerita yang mengatakan teman lelakinya itu curang terhadap Alda dan menyebabkan mereka bergaduh. Tapi apa yang mengejutkan bukan lah kes kematian penyanyi tersebut. Pihak forensik menyatakan Alda sebenarnya sudah tujuh hari meninggal dunia. Jeng jeng jeng…

Jadi kalau begitu siapakah yang menyiapkan lagu Menanti Kekasih itu? Walaupun lagu ini mempunyai suara gelak tawa Alda, tetapi ada pihak berpendapat ia dirakamkan oleh Alda dalam keadaan sedih dan kecewa di atas kecurangan teman lelakinya itu. Sememangnya lagu ini siap secara tiba-tiba dan ia diakui oleh pengurus Alda yang tidak tahu dari mana datangnya lagu ini. Mungkin sebab kisah disebalik lagu ini yang menyeramkan, ia pernah diharamkan untuk ke udara di corong-corong radio satu ketika dahulu.

LIRIK LAGU SEPERTI KISAH ‘KUNTILANAK’

Kalau siapa yang dah dengar lagu ni, korang akan perasan suara ketawa Alda ada di bahagian tengah dan juga di hujung lagu ini. Kalau dengar betul-betul, suara ketawa Alda di bahagian hujung tu boleh tahan seram dan seakan-akan suara kuntilanak mengilai. Ni serious kalau dengar tengah malam sorang-sorang memang boleh berdiri tegak bulu roma. Jadi better jangan ambil risiko untuk dengar sorang-sorang kalau korang bukan jenis yang berani. 

Bait-bait lirik lagu Menanti Kekasih ini pula ada yang mengatakan ia seperti kisah kuntilanak. Jom tengok jap bait lirik yang dikatakan seram tu:

Malam sunyi ku sendiri

Duduk sepi diatas pohon

Ku biarkan rambut ku terurai

Tanpa kaki kelelawar

Agak-agak siapa yang duduk sepi atas pohon tu? Itu lah antara cerita-cerita yang menguatkan lagi kisah yang mengatakan lagu ini sememangnya berhantu. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang tahu kisah sebenar disebalik penghasilan lagu Menanti Kekasih ini dan ia kekal misteri sampai sekarang.

Untuk menambahkan lagi keseraman, terdapat juga kejadian-kejadian misteri yang berlaku kepada mereka yang mendengar lagu ini seperti kena kacau dan juga terkena histeria. Mungkin ada di antara korang yang pernah kena kacau lepas dengar lagu ni, boleh lah share cerita korang tu dengan pembaca yang lain.

KATALAKI: Aku pun sebenarnya bukan lah berani sangat. Sebab tu berani dengar lagu ni dekat office masa orang tengah ramai je!

Last modified: 18 August 2020