Kisah Kematian Selebriti² Yang Mewujudkan ’27 Club’

Feature, Sembang, ZAP, ZeKool

ϟ Trending

Dalam artikel-artikel sebelum ni aku dah ada hint pasal ‘27 Club’ iaitu kisah tentang kematian selebriti-selebriti yang mati di usia 27 tahun. Dengar macam kebetulan selebriti-selebriti terkenal ni menemui ajal masa umur 27 tahun, tapi dari kebetulan itu lah muncul pelbagai teori (conspiracy theory) tentang kematian mereka. Antara selebriti terkenal yang dikaitkan dengan ‘27 Club’ ni adalah seperti Kurt Cobain dari kugiran Nirvana, Jimi Hendrix, Amy Winehouse dan ramai lagi. Nama yang disebut tadi antara yang terkenal lah. Semuanya berbakat besar, semuanya terkenal dan semuanya mati ketika berusia 27 tahun. Walaupun sebelum itu dah ramai selebriti yang mati ketika usia 27 tahun, tapi term ‘27 Club’ ini menjadi terkenal selepas kematian Kurt Cobain pada tahun 1994.

Walaupun ianya secara kebetulan, tapi peminat muzik Rock dengan pantas mengaitkan kematian-kematian selebriti ketika usia 27 tahun dengan satu konspirasi dalam industri muzik. Kematian Amy Whinehouse pada tahun 2011 menguatkan lagi tentang kewujudan ‘27 Club’ ini, yang mana sehingga kini pun masih tiada bukti-bukti yang kukuh tentang kewujudan ‘kelab’ ini. Pada asalnya ‘27 Club’ dikaitkan dengan kematian pemuzik-pemuzik, tapi ‘kelab’ tersebut telah mengembangkan keahliannya kepada pelakon-pelakon yang juga mati pada usia tersebut disebabkan oleh ketagihan dadah, suicide, dan juga kemalangan ngeri.

KENAPA BANYAK KEMATIAN ‘ROCKSTAR’ KETIKA UMUR 27?

Kematian-kematian ini dianggap oleh para peminat muzik sebagai satu sumpahan. Adakah ia benar? Tentu lah tidak, tapi kalau dilihat kepada statistik, ramai pemuzik yang popular mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mati di usia muda. Satu kajian mengenai teori ‘27 Club’ yang dijalankan pada tahun 2014 menyatakan ianya hanya lah mitos sahaja. Tapi dalam masa yang sama selebriti yang sedang dalam kemuncak karier di usia mudanya memang mempunyai kembarangkalian itu disebabkan oleh tekanan dalam karier.

MATI KERANA DADAH DAN TEKANAN HIDUP?

Kemungkinan paling besar jangka hayat selebriti-selebriti ini mati ketika usia muda adalah disebabkan oleh penyalahgunaan dadah dan minuman keras, dan juga masalah tekanan emosi yang dialami. Tapi kenapa angka ‘27’ digunakan adalah kerana ianya kedengaran lebih menarik dan misteri kepada para peminat muzik. Rata-rata selebriti yang mati pada usia 27 semuanya disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, atau sebab-sebab misteri yang mengelilingi mereka. Lagi satu sebab kenapa diwujudkan ‘27 Club’ adalah kerana bagi peminat-peminat muzik, dengan mewujudkan satu teori yang misteri ianya lebih mudah untuk menjelaskan tentang kematian selebriti kegemaran mereka. Di samping itu, ia juga kedengaran seperti satu kisah yang mudah diterima oleh peminat-peminat muzik ini. 

Walaupun teori ‘27 Club’ ini kedengaran cool dan penuh misteri, tetapi ianya hanya sekadar satu teori yang tidak dapat dibuktikan dengan fakta-fakta yang kukuh. Tapi selalunya benda-benda yang misteri dan penuh teori macam ni lah yang ramai suka baca, dan selalu juga yang baca tu percaya bulat-bulat. So lepas ni kalau baca sesuatu pastikan kita semak dahulu kesahihan cerita itu okay? Takut-takut kita tersebarkan fake news pula. 

KATALAKI: Teori yang menarik tetapi ianya sekadar teori dan mitos seperti cerita Doremon…

ϟ Trending

Last modified: 3 July 2020