Kisah Mitos Slender Man Jadi Cubaan Membunuh?

Sembang

Korang pernah dengar tentang cerita mitos Slender Man tak?  Slender Man ini mula popular pada tahun 2009 apabila cerita tentangnya mula tersebar di Creepypasta, sebuah website dimana orang ramai boleh berkongsi tentang kisah seram mereka. Slender Man dikatakan menyerupai seorang lelaki dengan tangan dan kaki yang panjang. Badannya yang kurus serta selalu memakai black suit. Dia juga dikatakan tidak mempunyai muka.

Walaupun watak Slender Man ini cuma watak rekaan sahaja, ianya telah dikaitkan dengan satu kes cubaan membunuh yang kejam dan tragik. Adakah Slender Man memang wujud dan adakah Slender Man yang bertanggungjawab dalam kes cubaan membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ini? Hari ini aku nak share dengan korang tentang kes yang dipanggil The Slender Man Stabbing!

Pada 31 May 2014, seorang lelaki yang sedang mengayuh basikal di Wisconsin telah terserempak dengan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang terbaring ditengah padang. Kanak-kanak itu berlumuran dengan darah dan selepas disiasat, kanak-kanak berusia 12 tahun itu adalah Payton Leutner, kanak-kanak yang terselamat dari kes serangan The Slender Man Stabbing.

Sehari sebelum kejadian ngeri ini berlaku, Payton baru sahaja menyambut hari lahir rakan baiknya namun sebenarnya party tersebut cuma umpan untuk membawa dia ke dalam hutan dan membunuhnya. Rancangan untuk membunuhnya telah dirancang oleh rakan baiknya sendiri iaitu Morgan Geyser!

Kedua-dua mereka merupakan rakan baik sejak dari kecil lagi. Mereka dikatakan tidak boleh dipisahkan dan selalu kemana-mana bersama. Namun ini semua berubah apabila mereka berdua memasuki darjah enam dan Morgan mempunyai kawan baru yang bernama Anissa Weier. Payton tidak menyukai Anissa dan hanya berkawan dengannya kerana Morgan selalu bersama-sama dengan Anissa.

Morgan dan Anissa tinggal di apartment yang sama. Setiap hari mereka akan ke sekolah bersama dan mula minat tentang kisah-kisah seram. Pada suatu hari mereka telah terbaca tentang Slender Man dan mereka mula obses dengan Slender Man.

Pada December 2013, Morgan telah mencadangkan kepada Anissa untuk mereka menghidupkan watak Slender Man dan membuatkan orang ramai percaya yang Slender Man memang betul-betul wujud. Ini juga bermaksud mereka perlu membunuh seseorang bagi membuatkan cerita tentang Slender Man betul-betul wujud lebih kuat. Mereka telah bercadang untuk membunuh Payton dan menyalahkan pembunuhan tersebut kepada Slender Man.

Pada hari jadi Morgan yang ke-12, mereka telah mengajak Payton untuk mengikuti mereka untuk bermalam di rumah Morgan dan menghabiskan hujung minggu mereka bersama-sama. Pada esoknya mereka ke pergi bermain ke David Park, taman yang berdekatan dengan rumah Morgan. Sebelum keluar, Morgan telah mengambil pisau dan menyoroknya didalam bajunya.

Sampai di taman tersebut, mereka telah bercadang untuk bermain nyorok-nyorok. Anissa telah menyuruh Payton untuk baring di padang dan menutup badannya dengan daun dan kayu kering. Tapi apa yang Payton tidak tahu, ini merupakan muslihat terakhir untuk mereka membunuhnya.

Semasa Payton sedang berbaring di padang tersebut, Morgan telah melompat pada badannya sebelum menikamnya dengan pisau. Dia telah ditikam berkali-kali dan salah satu tikaman tersebut telah hampir terkena jantung Payton. Payton telah menjerit meminta tolong tapi tiada sesiapa pun yang berhampiran dengan mereka yang dengar.

Mereka kemudian telah meninggalkan Payton disitu dengan berlumuran darah dan melarikan diri dari kawasan tersebut. Payton yang sedang dalam kesakitan telah sedaya upaya cuba menyeret dirinya dari kawasan tersebut dan berharap ada orang akan menyelamatkannya. Nasib dia baik apabila seorang penunggang basikal, Greg Steinberg kebetulan lalu disitu.

Dia kemudiannya telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan terdapat 19 tikaman pada badan Payton. Payton akhirnya berjaya diselamatkan selepas doktor merawatnya secara rapi selama enam jam. Doktor berkata andaikata tikaman tadi terkena jantungnya, Payton tidak mungkin dapat diselamatkan.

Kedua-dua pelaku telah pun ditahan oleh pihak polis. Mereka berdua terus mengaku yang mereka yang bertanggungjawab menikam Payton. Mereka telah dihukum atas kesalahan cubaan membunuh dan disebabkan mereka masih kanak-kanak, mereka berdua telah dimasukkan ke West Bend Juvenile Facility. Walaupun mereka masih kanak-kanak, mereka telah dihukum dengan hukuman penjara selama 65 tahun!

KATALAKI: Jangan terlampau tabsub sangat dengan apa yang korang baca dekat internet!

Last modified: 3 February 2020