Kisah Paling Sedih Pemain Bola Sepak Liga Turki

Aktif, Bola

Kisah paling sedih ni membabitkan pemain bola sepak yang berasal dari Maghribi, Moestafa El Kabir yang kini beraksi bersama pasukan Caykur Rizespor di Turkish Super Lig.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Moestafa El Kabir (@elkabir_10) on

Kejadian ni berlaku pada 26 Ogos 2019, menjelang perlawanan Turkish Super Lig antara pasukan Caykur Rizespor dan Sivasspor. Moestafa El Kabir ditinggalkan di pusat latihan pasukan Caykur Rizespor selepas lambat tiba untuk persiapan menjelang perlawanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Moestafa El Kabir (@elkabir_10) on

Disebabkan rakan sepasukan semua dah bergerak menaiki bas menuju ke stadium, Moestafa El Kabir terpaksa mengambil teksi untuk bergerak dari pusat latihan menuju ke stadium. Sampai je di stadium, Moestafa El Kabir dihalang oleh pengawal keselamatan untuk masuk ke dalam stadium disebabkan pengawal keselamatan tersebut tak sangka ada pemain bola yang naik teksi untuk masuk ke pusat persalinan pemain. Selepas pengurus pasukan masuk campur, baru lah Moestafa El Kabir dibenarkan untuk masuk ke dalam pusat persalinan pemain dan bersiap sedia sebelum perlawanan bermula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Çaykur Rizespor (@crizesporas) on

Malang sekali, selepas 13 minit perlawanan bermula, Moestafa El Kabir terpaksa dikeluarkan disebabkan kecederaan di bahagian kaki. Selepas menerima rawatan di luar padang, Moestafa El Kabir disahkan terpaksa direhatkan sehingga Februari 2020 disebabkan kecederaan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Çaykur Rizespor (@crizesporas) on

Moestafa El Kabir yang berusia 31 tahun pada tahun 2019 ni, sebelum ni pernah bersama dengan pasukan remaja Ajax di Belanda dan beraksi di liga Sweden, Itali, Arab Saudi, Jepun dan Turki. Ini ucapan Moestafa El Kabir di Instagram selepas selesai menjalani pembedahan kaki.

KATALAKI: Lain orang lain dugaan yang diterima. Yang penting, jangan putus asa okeh!

Last modified: 4 September 2019