Kisah Pelacur Bunuh Suaminya Dan Terlepas Hukuman

Sembang, ZAP, ZeKool

Kisah kali ini berlaku pada permulaan abad ke 20, yang mana waktu ni mak dengan ayah kita pun belum lahir lagi. Ia mengisahkan tentang seorang wanita bernama Marguerite Alibert, dan kisah ini berlaku di sebuah negara yang terkenal dengan tema ‘romantik’ iaitu Perancis. Marguerite sebenarnya merupakan seorang gadis daripada keluarga miskin. Bagi dia, antara cara yang boleh mengeluarkannya daripada kemiskinan hidup adalah dengan bergaul dengan golongan-golongan elit di Perancis dan dengan harapan dapat menjalinkan hubungan dengan mereka. So hubungan yang macam mana tu?

KEHIDUPAN DALAM KEMISKINAN

Marguerite dilahirkan pada tahun 1890 dalam keluarga ‘working-class’ di Perancis. Bapanya bekerja sebagai seorang pemandu teksi, manakala ibunya merupakan seorang maid. Semasa zaman kanak-kanaknya, Marguerite dikatakan melalui hidup yang tak berapa indah selepas satu tragedi kemalangan yang meragut nyawa adik lelakinya. Ketika itu adik lelakinya baru berusia empat tahun, dan ibu bapa Marguerite menyalahkannya di atas tragedi tersebut. Akibatnya dia dimasukkan ke sekolah berasrama penuh ‘Sisters of Mary.’

Ketika usianya 15 tahun, semasa di sekolah tersebut, Marguerite diletakkan di sebuah rumah oleh biarawati untuk bekerja seperti seorang hamba. Ketika usianya 16 tahun pula, dia didapati telah mengandung hasil hubungan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Selepas melahirkan anak, dia menghantar bayi tersebut tinggal jauh daripadanya. 

MENJADI PELACUR HIGH-CLASS

Selepas Marguerite keluar daripada sekolah tersebut, dia bertukar menjadi seorang pelacur untuk menampung kehidupannya. Sewaktu dia menjadi pelacur, dia mendapati bahawa pelacur yang melayani golongan-golongan upper-class lebih mudah mendapat duit yang banyak. Pelacur high-class ini dikenali sebagai courtesan. Dalam bahasa moden, courtesan ni lebih kurang sama macam sugar baby zaman sekarang yang hanya melayan golongan-golongan yang berduit sahaja. Jadi Marguerite pun bertukar menjadi courtesan dan hanya mendekati golongan-golongan elit sahaja.

Seorang mak ayam yang dikenali dengan nama Madame Denart menemui Marguerite dan meletakkannya di bawah jagaannya. Menurut Madame Denart, Marguerite merupakan seorang pelacur yang high-class dan pandai melayan golongan-golongan elit dari Perancis, England, Amerika dan juga negara-negara lain. 

BERCINTA UNTUK SURVIVE

Marguerite Alibert juga sering dikenali dengan nama Maggie Meller, iaitu nama ketika dia mendakwa telah berkahwin ketika berusia 17 tahun. Pada tahun 1907, Marguerite bertemu dengan seorang lelaki bernama Andre Meller yang ketika itu berusia 40 tahun. Meller merupakan seorang lelaki kaya yang memiliki kandang kuda. Kira memang kaya gila lah kalau ada kandang kuda tu. Meller turut membelikan sebuah apartment untuk Marguerite supaya mereka boleh menjalinkan hubungan sulit di situ. Dari situ lah Marguerite mendakwa mereka telah berkahwin walaupun hakikatnya Meller sebenarnya sudah pun mempunyai seorang isteri. Hubungan sulit mereka tamat pada tahun 1913. Tapi surename tersebut hanya salah satu nama yang dia gunakan sepanjang hayatnya. Maknanya ada lagi nama-nama lain yang digunakannya sepanjang hayatnya.

Pada tahun 1917 pula, Marguerite ditemukan dengan kekasihnya yang seterusnya, iaitu Putera Edward VIII (Putera Raja England). Kisah mereka bermula ketika Putera Raja ini sedang berkhidmat sebagai tentera British di Perancis semasa Perang Dunia Kedua. Ketika itu dikatakan Putera Raja tersebut baru hilang terunanya kepada salah seorang pelacur high-class yang dipinjamkan oleh kawannya. Tapi selepas itu, kawannya menyatakan Edward (yang berusia 23 tahun ketika itu) masih perlukan pengalaman lagi dalam hubungan seksual. Jadi disebabkan kawannya itu kenal dengan Marguerite, mereka berdua dipertemukan dan menjalani hubungan sulit selama setahun. Sehingga lah Edward dah tak berminat dengan Marguerite. Memang dasar jantan!

HIDUP DITAJA OLEH LELAKI² KAYA

Memang betul apa yang diandaikan oleh Marguerite, dia mula hidup mewah hasil daripada menjalinkan hubungan seksual dengan lelaki-lelaki kaya. Dia menerima banyak hadiah-hadiah mewah serta duit daripada lelaki-lelaki tersebut. Tapi Marguerite mahukan lebih lagi daripada apa yang dia dapat. Dia dikatakan berkahwin dengan lelaki bernama Charles Laurent pada tahun 1919, tetapi bercerai selepas enam bulan. Walaupun dia melalui perkahwinan yang singkat, tapi Marguerite dapat apa yang dia inginkan, iaitu duit pampasan yang banyak. Dia hidup dengan mewah kemudiannya dan memiliki sebuah apartment, kuda, kereta, dan juga hamba. 

MEMELUK ISLAM UNTUK BERKAHWIN

Sekitar tahun 1921, Marguerite bertemu dengan seorang lelaki kaya bernama Ali Kamel Fahmy Bey. Walaupun Fahmy ini bukan lah keturunan Putera Raja, tapi dia memang betul-betul kaya. Selepas Fahmy mengadakan pertemuan dengan Marguerite, dia pun melamar Marguerite untuk berkahwin dengannya dan mengajaknya untuk berpindah ke Kaherah, Mesir. Pada awalnya Marguerite ragu-ragu dengan lamaran tersebut, tapi akhirnya bersetuju. Jadi Marguerite pun memeluk Islam untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki itu. Tapi sebelum mereka berkahwin, Marguerite menetapkan syaratnya iaitu dia dibenarkan untuk bercerai dengan Fahmy jika dia inginkan. Tapi sejurus sebelum melangsungkan perkahwinan, Fahmy membuang syarat tersebut dan menambah syaratnya yang baru iaitu membenarkan Fahmy memiliki isteri lebih daripada satu.

Dalam perkahwinan mereka, Fahmy mahu Marguerite menjadi seorang isteri yang mematuhi perintahnya. Mana mungkin seorang wanita yang dah biasa dengan kehidupan yang terbuka menjadi seorang yang mematuhi perintah. Jadi sudahnya Marguerite tak happy dengan perkahwinan mereka. Mereka sering bergaduh seperti anjing dan kucing, dan kadang-kadang Marguerite sengaja menjatuhkan air muka Fahmy di tempat awam.

TERLEPAS DARIPADA JENAYAH BUNUH

Pada 9 Julai 1923, kedua-dua mereka menghadiri sebuah pertunjukan di London. Selepas pulang ke hotel, kedua-dua mereka bergaduh teruk. Selepas itu sekitar jam 2 pagi, tiga das tembakan kedengaran dari bilik mereka. Marguerite telah menembak mati Fahmy menggunakan pistol yang disimpannya di bawah bantal. Marguerite ditahan selepas itu, dan Fahmy mati di tempat kejadian. Dengan bukti dan saksi yang ada, kes itu boleh dikatakan sebagai kes mudah. 

Tapi apa yang pihak mahkamah tak tahu adalah, sebelum perbicaraan bermula, dia telah pun menghantarkan satu surat ugutan kepada Putera Raja England, Edward. Dalam surat tersebut dia mendakwa bahawa dia menyimpan segala bukti hubungan sulit mereka berdua. Bukti-bukti itu adalah apa yang Kerabat Diraja England mahu sembunyikan daripada pengetahuan umum. Terima kasih kepada surat ugutan tersebut, Hakim bagi kes tersebut mendapati Marguerite merupakan mangsa kepada domestic abuse

Sebenarnya kes pembunuhan yang dilakukan oleh Marguerite ni mendapat liputan yang agak luas, dan ramai yang berebut-rebut untuk mengikuti perbicaraannya. Hal ini adalah sebab hubungannya dengan Kerabat Diraja England. Tapi disebabkan blackmail yang dihantarnya itu, dia terlepas daripada tuduhan dan hidup bebas selepas itu di Kota Paris. Dikatakan Marguerite hidup dalam keadaan yang agak mewah juga hasil daripada duit pampasan yang diterimanya. 

KATALAKI: Harap korang yang baca ni jangan terfikir nak buat macam Marguerite pula untuk hidup mewah. Tak berkat!

Last modified: 21 August 2020