Kisah Pengurus Atletico Madrid Paling Berjaya

Aktif, Bola

Pengurus Atletico Madrid sejak tahun 2011, Diego Simeone dijulang oleh orang ramai selepas berjaya menghalang juara UEFA Champions League pada musim lepas, Liverpool untuk mara ke peringkat seterusnya. Diego Simeone bukan je berjaya membimbing Atletico Madrid menang ke atas Liverpool dengan gol agregat 2-4, tapi Atletico Madrid juga berjaya menewaskan dan menyumbat 3 gol di kubu keramat Liverpool, Anfield.

Pernah beraksi bersama Atletico Madrid sebagai pemain pada tahun 1994 sehingga tahun 1997 dan tahun 2003 sehingga tahun 2005, Diego Simeone diberi tanggungjawab untuk membimbing pasukan Atletico Madrid pada tahun 2011 selepas menampilkan mutu pengurusan yang membanggakan bersama pasukan Estudiantes untuk menjadi juara liga bola sepak Argentina pada tahun 2006, kejuaraan liga yang pertama kali dimenangi oleh Estudiantes sejak 23 tahun.

Selepas meletakkan jawatan sebagai pengurus Estudiantes, Diego Simeone meneruskan lagi karier sebagai pengurus pasukan bola sepak bersama River Plate pada tahun 2008. Mempunyai barisan penyerang yang tajam di River Plate antaranya Radamel Falcao dan Alexis Sánchez, Diego Simeone sekali lagi berjaya menjulang piala liga bola sepak Argentina pada tahun 2008.

Sebelum secara rasmi dilantik menjadi pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone pernah gak menjadi pengurus untuk pasukan San Lorenzo, Catania dan Racing Club selepas meninggalkan River Plate. Tapi tak berjaya mencatat sebarang kejayaan dan pencapaian yang membanggakan bersama San Lorenzo, Catania dan Racing Club.

Musim pertama Diego Simeone bertugas sebagai pengurus Atletico Madrid selepas dilantik pada tahun 2011, Diego Simeone berjaya menjulang piala UEFA Europa League pada tahun 2012, menewaskan Athletic Bilbao di perlawanan akhir.

Setakat ni, selama 9 tahun Diego Simeone membentuk dan membimbing Atletico Madrid, Diego Simeone dah pernah menang 7 piala, juara La Liga dan Spanish Super Cup pada tahun 2014, juara Copa del Rey pada tahun 2013, juara UEFA Europa League sebanyak 2 kali pada tahun 2012 dan 2018, juara UEFA Super Cup sebanyak 2 kali pada tahun 2012 dan 2018, termasuk pernah membimbing Atletico Madrid untuk layak ke perlawanan akhir UEFA Champions League pada tahun 2014 dan 2016.

KATALAKI: Rasanya, Diego Simeone sesuai untuk jadi pengurus pasukan ternama yang mana satu lepas ni?

Last modified: 13 March 2020