Kisah Ragam Player PUBG Ciptaan Tempatan

Sembang

Memang ternyata di Malaysia ini kita mempunyai bilangan content creator yang bagus-bagus. Walau tak dinafikan juga, zaman sekarang ni Youtubers di Malaysia begitu ramai ianya tumbuh bak cendawan yang mekar cantik selepas hujan gitu. 

Ada yang kebanyakkannya akan membuat content-content yang menarik yang lain daripada yang lain untuk menarik perhatian para penguna serta penonton setia platform Youtube. Ada juga yang akan buat content di Youtube dengan produksi yang seakan drama yang kita dapat saksikan di TV3 Malaysia. Maka tidak hairan sama sekali jika produksi-produksi tempatan sudah mula mendapat perhatian ramai mahupun di Malaysia atau di peringkat antarabangsa.

Tapi harini, kita nak ceritakan tentang sebuah produksi local yang harus dipuji oleh kerana content yang boleh dikatakan lain daripada yang lain.

Image via: Thelaki.com.my

Mengambil pendekatan yang dekat dengan hati para peminat mobile games di Malaysia iaitu menerusi game popular Player Unknown Battle Ground atau lebih dikenali sebagai PUBG. Produksi Todak TV telah mengeluarkan sebuah drama original webseries berjudul PUBG ALLSTARS yang mengetengahkan genre gaming di dalam kehidupan sebenar.

Yang menarik sekali produksi tempatan ini tidak langsung sama sekali mengunakan pelakon-pelakon profesional yang popular mahupun lebih kacak ataupun tampan, senang cerita pelakon-pelakon webseries PUBG ALLSTARS ni tak jambu macam drama dekat TV3 tu lah.

Image via: Thelaki.com.my

Walaupun juga tanpa publisiti besar-besaran, episod pertama PUBG ALLSTARS yang dilancarkan pada 3 Mac 2020 lalu di saluran Youtube rasmi Todak TV berjaya meraih bilangan tontonan hampir mencecah 100,000 views dalam tempoh kurang 48 jam.

Menurut penerbit PUBG ALLSTARS, Mohd Ikmal Fareeq berkata pihaknya berasa terharu dengan sambutan yang diberikan peminat PUBG dan penonton YouTube. Menurut beliau lagi sokongan serta sambutan untuk percubaan pertama mereka dalam menerbitkan webseries ini adalah tentunya daripada daripada kelompok penggemar sukan elektronik (E-Sukan) PUBG, pangguna YouTube termasuk pengikut serta peminat tegar Youtuber terkenal yang merupakan bintang utama juga penggerak jalan cerita ini.

Image via: Thelaki.com.my

Selain mengunakan sentuhan elemen-elemen game PUBG sebagai jalan cerita utama, webseries ini juga turut menampilkan Youtubers serta influencer media sosial yang terkenal seperti Zuikee, Alieff Irfan, Kokom, Nasz Kenyang dan Inderawasih dan juga ramai lagi para pelakon yang turut menjayakan webseries yang mempunyai lima episod secara keseluruhan. 

“Bersesuaian dengan kandungan program ini, kami tidak menggunakan pelakon komersil atau wajah popular sebagai tarikan, sebaliknya mengketengahkan individu yang sangat dekat dengan E-Sukan ini. Mereka ini juga merupakan selebriti media sosial dan YouTube yang sangat terkenal dan berpengaruh di Malaysia’ menurut pihak produksi Todak TV.

Todak TV yang dikenali sebagai produksi Youtube yang mengetengahkan content-content yang seiring dengan reputasi yang sentiasa menghasilkan program-program kreatif, sekaligus dedikasi TODAK terhadap E-sukan selama ini.

Dalam episod pertama PUBG ALLSTAR ini, mereka ini memperkenalkan pelbagai ragam teammate yang selalunya ada di dalam mobile game PUBG yang mungkin ramai jugak pemain PUBG pernah hadapi.

Episod pertama yang juga boleh dikatakan sebagai episod pengenalan bagi setiap watak-watak di dalam PUBG ALLSTARS yang berdurasi selama 8 minit ini menampilkan 6 pasukan PUBG yang cuba untuk menjatuhkan antara satu sama lain, setiap pasukan di dalam webseries ini mempunyai kelebihan masing-masing tidak lupa juga dengan ragam yang selalunya atau kebiasaan kita hadapi di dalam game PUBG.

KATALAKI: Not bad juga special effect untuk produksi tempatan. Well done lah semua!

Last modified: 13 April 2020