Kisah Sebenar Disney Versi Lebih Ganas & Dark!

Feature, Sembang, ZeKool

ϟ Trending

Kalau korang tengok kisah-kisah yang Disney pernah tayangkan, semuanya mempunyai happy ending dan membuatkan ramai pembaca dan penonton mahukan kehidupan seperti dalam moviemovie Disney. Tapi tahukah korang yang sebenarnya, kisah-kisah ini mempunyai jalan cerita yang berbeza?

Untuk pengetahuan korang, kebanyakan moviemovie yang Disney keluarkan sebenarnya berasal daripada kisah-kisah orang terdahulu dan mereka kemudiannya mengambil inspirasi daripada kisah-kisah dongeng ini untuk dijadikan sebuah movie animasi. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa movie Disney yang sebenarnya mempunyai jalan cerita yang lebih dark dan juga boleh dikatakan agak kejam untuk sebuah bedtime story!

CINDERELLA

Kalau ikutkan movie yang Disney keluarkan, kedua kakak tiri Cinderella tidak berjaya berkahwin dengan putera raja kerana kaki mereka tidak muat untuk masuk ke kasut kaca yang dibawa oleh putera raja tersebut. Ia kemudiannya dipakai oleh Cinderella dan ianya muat lalu berkahwinlah mereka berdua. Tapi untuk versi asal, kedua kakak tiri Cinderella terpaksa buat perkara yang lebih dark yang mana mereka telah memotong tumit kaki mereka bagi membolehkan kaki mereka muat dalam kasut tersebut.

Tapi rancangan mereka tidak berjaya apabila burung-burung yang selalu berada dengan Cinderella telah memberitahu putera raja tersebut yang terdapat darah pada kaki mereka berdua. Setelah rahsia mereka terbongkar mereka terpaksa redha dengan perkahwinan putera raja tersebut dengan Cinderella. Namun ia tidak habis disitu kerana semasa mereka datang ke majlis perkahwinan Cinderella dan putera raja, beberapa ekor burung telah menyerang mereka dan mematuk mata mereka berdua sehingga buta!

SLEEPING BEAUTY

Siapa saja yang tidak tahu kisah tentang Princess Aurora ataupun lebih dikenali sebagai Sleeping Beauty. Kalau ikutkan movie yang biasa korang tengok, Princess Aurora telah terkena sumpahan apabila jarinya terkena tertusuk jarum yang disumpah oleh Maleficent dan ia telah membuatkan ia tertidur selamanya. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan dia dari terus tidur adalah dengan ciuman dari putera raja dan itulah yang berlaku dalam movie Sleeping Beauty.

Tapi kisah sebenarnya agak berat kerana semasa Sleeping Beauty masih tidur, seorang raja telah menjumpai tempat dia tidur dan cuba untuk membangunkannya. Namun disebabkan sumpahan itu hanya boleh dihapuskan oleh putera raja, raja tersebut tidak berjaya untuk bangunkan Sleeping Beauty. Kecewa kerana tidak berjaya, raja tersebut telah mengambil keputusan merogol Sleeping Beauty semasa dia masih tidur dan meninggalkan dia begitu sahaja. Selepas 9 bulan, dia telah melahirkan sepasang kembar walaupun dia masih tidur. Salah satu anaknya telah menyedut jari Sleeping Beauty dan ini telah mematahkan sumpahan tersebut. Apabila dia terbangun, dia telah menjadi seorang ibu kepada dua orang bayi!

PINOCCHIO

Pinocchio sememangnya nakal tapi dalam versi asalnya, Pinocchio jauh lebih nakal dan boleh dikatakan agak kejam. Sebaik saja dia tahu bagaimana untuk berjalan, dia telah melarikan diri dari rumah Geppetto dan telah memberitahu polis yang Geppetto telah menyeksa dirinya dan telah membuatkan Geppetto dipenjara!

Bukan setakat itu sahaja,  mesti ingat dalam cerita Pinocchio ada satu watak cengkerik yang dipanggil Jiminy Cricket. Dalam movie, Jiminy Cricket selalu bersama dengan Pinocchio dan memberikan dia nasihat. Namun dalam versi yang sebenar, Pinocchio tidak suka Jiminy Cricket menasihatkan dia tentang apa dia buat lalu dia kemudiannya mengambil keputusan membunuh Jiminy Cricket dengan menghentaknya dengan tukul kayu!

SNOW WHITE

Kalau nak diikutkan, versi asal Snow White lebih kurang sama dengan kisah yang terjadi kepada Cinderella. Snow White telah diracun oleh Sang Ratu dan satu-satunya untuk sembuhkan dia adalah putera raja perlu menciumnya. Tapi pada versi asal, Snow White telah terbangun apabila keranda kaca yang menempatkan jasadnya telah terjatuh dan dia telah memuntahkan kembali apple beracun tersebut.

Setelah Snow White sedar dan sembuh, dia pun berkahwin dengan putera raja tersebut dan telah mengundang Sang Ratu yang meracunnya ke majlis perkahwinannya. Setibanya di majlis tersebut, Sang Ratu telah telah dipaksa menari dan memakai kasut besi yang telah dipanaskan. Dia terpaksa menari dalam keadaan terseksa dan akhirnya mati. Berdendam juga si Snow White eh!

KATALAKI: Kalau Disney keluar movie ikut cerita asal rasa-rasa ada orang nak tengok tak?

ϟ Trending

Last modified: 15 January 2020