Kisah Sebenar Nasi Goreng Terbang

Sembang

Hari tu kat timeline media sosial korang ada ternampak gambar mamat jepun dengan nasi goreng terbang kat dapur? Ramai yang gunakan gambar nasi goreng terbang ni untuk troll dan memes. Korang rasa gambar ni real ke fake je sebenarnya? Nasi goreng terbang bhai.

Ehhh sorry jap. Bukan yang atas ni. Yang bawah ni yang betul. Haaaa.

Sebenarnya, nasi goreng ni bukannya nasi goreng betul pun. Nasi goreng palsu ni dibeli oleh seorang YouTuber semata-mata nak buat prank kat member dia je. Katanya, nasi goreng palsu ni dibeli dengan harga 3,938 USD atau lebih kurang RM 16,000. Bapak mahal.

Mamat jepun yang berbaju putih ni namanya Kanta, cuba untuk prank member dia gunakan nasi goreng palsu ni dengan cara kononnya, Kanta ni nak masak nasi goreng paling sedap di dunia. Masa tu dah pukul 1 pagi. Terkejut beruk la member dia, pahal lak pagi-pagi buta nak masak nasi goreng. Tujuan utama prank ni, Kanta nak tengok apa reaksi member dia bila nampak nasi goreng terbang ni.

Ni antara troll dan memes yang berterbangan kat Twitter hari tu. Korang pun terlibat tak dalam agenda troll dan memes pasal nasi goreng terbang ni?

Kalau korang nak layan video penuh pasal prank oleh Kanta dan member dia, boleh tengok video kat bawah ni. Last sekali boleh nampak macam mana reaksi member dia terkejut beruk ke tak.

KATALAKI: Korang kalau lepak makan selalu order Nasi Goreng apa? Nasi Goreng Ikan Masin FTW!

Last modified: 11 February 2019