Kisah Sebenar Puteri Pahlawan Bernama Mulan

Sembang, ZAP, ZeKool

Sejak dari kecil lagi, kebanyakkan kita semua telah dibesarkan dengan menonton filem-filem keluaran Walt Disney. Filem-filem animasi seperti Aladdin, Cinderella, Snow White dan banyak lagi. Tak kira lah besar mana sekali pun, kita semua atleast mesti pernah tengok filem-filem animasi Disney bukan?

Antara watak-watak yang kita dibesarkan oleh Disney tentunya watak animasi tentang seorang gadis pahlawan yang bernama Mulan yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures sebagai filem animasi yang mengunakan suara Ming-Na Wen sebagai watak utama filem animasi tersebut dengan lagu-lagu OST yang didendangkan oleh Lea Salonga.

Ramai yang tahu tentang filem animasi tersebut serta jalan ceritanya. Tetapi tentu ramai yang tidak tahu tentang kewujudan sebenar kisah Hua Mulan yang lebih hebat daripada apa yang diberikan di dalam filem animasi tersebut. Kali ni jom kita usha kisah sebenar puteri pahlawan Hua Mulan.

Image via: https://www.businessinsider.my/

BENAR ATAU TIDAK?

Hua Mulan adalah seorang pahlawan wanita Cina yang hidup ketika era dinasti Utara dan Selatan, diantara 420 dan 589 CE. Kisah tentang Hua Mulan diceritakan dalam sebuah lagu rakyat pada zaman itu yang berjudul “The Ballad Of Mulan”. Dalam lagu rakyat tersebut, ianya menceritakan tentang Hua Mulan yang menyamar sebagai seorang lelaki, mengambil tempat ayahnya di dalam tentera. Mulan bertempur selama dua belas tahun dan mendapat penghargaan yang tertinggi, tetapi dia menolak sebarang ganjaran dan bersara di kampung halamannya.

Kalau nak ikutkan daripada ciptaan lagu “The Ballad of Mulan”, ada kemungkinan bahawa Hua Mulan adalah orang sebenar yang wujud pada zaman tersebut, tetapi kebanyakkan rakyat mempercayai bahawa watak Hua Mulan adalah watak fiksyen rekaan yang memberikan inspirasi kepada para wanita dan terdapat juga sebuah kawah di planet Venus yang dinamakan khas sempena daripada nama Mulan.

Terdapat beberapa cerita tambahan lain tentang Hua Mulan selepas lagu “Ballad of Mulan”. Seribu tahun selepas apa yang telah ditulis. Terdapat sebuah cerita daripada karyawan terkenal Xu Wei dan sebuah cerita dari dinasti Qing berjudul “Sui Tang Romance” yang pada zaman dinasti Qing sekitar 620 CE di awal permulaan zaman dinasti Tang. Dalam kisah tersebut, terdapat juga beberapa pahlawan wanita yang lain seperti Dou Xianniang yang merupakan kawan karib Hua Mulan yang dianggap seperti kakaknya sendiri. Versi pertama kisahnya ditulis pada abad keenam dalam ” Musical Records of Old and New” dimana kemudiannya menjadi sebahagian daripada cerita rakyat Cina.

SEJARAH MULAN

Sebenarnya kisah Hua Mulan ini dianggap lebih kepada kisah lagenda lama daripada dianggap sebagai seorang pahlawan yang bersejarah. Ini kerana nama Hua Mulan tidak tercatit didalam buku biografi tentang wanita-wanita pada zaman Dinasti Wei Utara. Walau bagaimanapun, kisah legenda Hua Mulan telah dimasukkan dalam buku One Hundred Beauties hasil tulisan Yan Xiyuan yang merupakan sebuah kompilasi tentang pelbagai kaum wanita dalam cerita rakyat China.

MULAN VERSI LIVE

Filem pertama yang mengangatkan kisah watak bernama Mulan ini ke layar perak dan industri Hollywood adalah daripada filem animas yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures pada tahun 1998 berjudul “Mulan”. Filem animasi muzikal tersebut menceritakan tentang Mulan yang mengambil tempat ayahnya yang sakit untuk dimasukkan ke dalam tentera Cina. Walaupun beliau seorang gadis yang hidup di bawah rejim patriarki, Mulan secara teknikal tidak layak untuk berkhidmat sebagai tentera. Namun dengan cara bijaksana, Mulan menyamar sebagai seorang lelaki dan pergi untuk melatih dengan rakan-rakan rekrut dan dengan menggunakan kecerdasnya untuk membantu menangkis serangan tentera Hun, selain jatuh cinta dengan kapten kacak di sepanjang jalan cerita yang diangkat daripada kisah lagenda Hua Mulan. Ianya juga merupakan filem animasi ke-36 dan filem ke-9 yang dikeluarkan ketika zaman kegemilangan filem-filem Disney. Untuk tahun 2020 ini pula, Disney sekali lagi mengambil filem-filem animasi yang pernah diterbitkan mereka untuk diangatkan sebagai live action movie. Filem terbaharu live action Mulan kali ini juga menangkat kisah berdasarkan daripada cerita donggeng “The Ballad of Mulan” dan adaptasi daripada filem animasi Mulan tahun 1998. Ianya dibintang oleh Liu Yifei selaku watak utama, Mulan dan turut dibantu oleh pelakon-pelakon hebat terkenal seperti Donnie yen, jason Scott Lee, Gong Li, Yoson An dan aktor aksi legend Hong Kong; Jet Li.

KATALAKI: Aaaaa kental juga Mulan ni nak join jadi tentera…

Last modified: 4 March 2020