Kisah Sebenar ‘The Exorcism Of Emily Rose’

Sembang, ZAP, ZeKool


Walaupun filem ‘The Exorcism of Emily Rosetu agak terkenal, tapi tak ramai yang tahu filem tu tidak lah sepenuhnya fiksyen. Ia sebenarnya diilhamkan daripada pengalaman sebenar seorang gadis Jerman bernama Anneliese Michel. Gadis ini membesar sebagai seorang penganut Katolik yang taat di Bavaria, Jerman Barat pada tahun 1960-an. Semasa berumur 16 tahun, dikatakan gadis ini tiba-tiba pengsan di sekolah dan mula berjalan dalam keadaan bingung.

Walaupun Anneliese tak ingat akan peristiwa itu, rakan serta keluarganya mengatakan bahawa dia berada dalam keadaan separa sedar. Setahun kemudian, Anneliese melalui kejadian yang sama, di mana dia membasahi tempat tidurnya dalam keadaan separa sedar. Badannya juga mengalami kekejangan dan bergetar dengan tidak terkawal. Di sini lah bermula kisah misteri Anneliese Michel, yang kemudian menjadi inspirasi bagi filem ‘The Exorcism of Emily Rose.’ Dah ready nak baca? Okay jom.

DIKATAKAN MEMPUNYAI PENYAKIT

Selepas kali kedua kejadian tersebut, Anneliese pun pergi berjumpa dengan pakar neurologi dan diberitahu bahawa dia mempunyai ‘temporal lobe epilepsy’ iaitu satu keganjilan yang mengakibatkan hilang ingatan, sawan, dan juga halusinasi. Selepas didiagnosis, Anneliese mula mengambil ubat untuk mengawal penyakitnya, dan kemudian dia melanjutkan pelajaran ke University of Würzburg pada tahun 1973. Walau bagaimanapun, ubat yang diambilnya itu gagal untuk membantunya. Semakin lama keadaannya bertambah teruk walaupun dengan bantuan ubat. Selepas itu, Anneliese mula mempercayai bahawa dirinya telah dirasuk oleh syaitan dan dia merasakan bahawa dia perlu untuk mencari penawar lain selain daripada memakan ubat.

Semenjak itu, Anneliese mengatakan dia mula melihat wajah syaitan dan sering mendengar bisikan-bisikan syaitan. Apabila dia mendengar suara bisikan syaitan semasa sedang sembahyang yang mengatakan bahawa dia akan masuk ke dalam neraka, Anneliese merumuskan bahawa dia benar-benar telah dirasuk oleh syaitan.

DIRASUK OLEH SYAITAN

Anneliese mula meminta bantuan daripada paderi untuk menyelesaikan masalahnya, tetapi semua paderi menolak permintaannya. Mereka merasakan bahawa Anneliese perlu meminta bantuan perubatan, dan jika paderi-paderi ini nak membantunya, mereka tetap memerlukan izin daripada bishop. Pada waktu ini, keadaan Anneliese bertambah teruk. 

Dengan mempercayai bahawa dia dirasuk, Anneliese banyak melakukan perkara-perkara yang gila dan ganjil. Antara perkara ganjil yang dilakukannya termasuk lah mengoyakkan bajunya, melakukan 400 squats sehari, dan merangkak ke bawah meja kemudian menyalak seperti anjing selama dua hari. Selain itu, dia juga akan memakan labah-labah dan arang kayu, menggigit kepala burung sehingga putus, serta menjilat air kencingnya sendiri di atas lantai.

Akhirnya Anneliese bersama ibunya bertemu dengan seorang paderi, Ernst Alt, yang percaya bahawa dia sebenarnya dirasuk. Paderi itu menyatakan yang Anneliese tidak kelihatan seperti seseorang yang mempunyai sakit epilepsi. Alt meminta persetujuan daripada bishop Josef Stangl, yang akhirnya bersetuju untuk memberi kebenaran kepada paderi Arnold Renz untuk melakukan ‘exorcism,’ tetapi dengan syarat ianya perlu dilakukan secara rahsia.

KENAPA PERLU LAKUKAN EXORCISM?

Exorcism dalam fahaman bahasa Melayu boleh dikatakan sebagai upacara pengusiran hantu atau iblis. Upacara ini telah wujud dalam pelbagai budaya dan agama. Dalam agama Kristian Katolik, upacara ini menjadi popular sekitar tahun 1500-an di mana paderi yang melakukan upacara ini akan melaungkan kalimat Latin yang berbunyi “Vade retro satana” bermaksud “Go back, Satan.” 

Jadi berbalik semula kepada kisah Anneliese, dalam tempoh 10 bulan, dengan izin daripada bishop, mereka pun melakukan upacara tersebut. Alt dan juga Renz melakukan 67 exorcism terhadap Anneliese yang memakan masa sehingga empat jam pagi setiap sesi. Sepanjang upacara ini, Anneliese mendedahkan bahawa dia mempercayai terdapat lima syaitan yang merasukinya iaitu; Lucifer, Cain, Judas, Iscariot, Adolf Hitler, dan juga Nero. Kesemua roh jahat ini akan berkomunikasi menggunakan suara yang dalam dan garau. 

KEMATIAN ANNELIESE DARIPADA UPACARA EXORCISM

Anneliese dikatakan patah tulang dan koyak di bahagian lututnya kerana kerap berlutut dan berdoa. Sepanjang 10 bulan upacara itu dijalankan, Anneliese sering dipegang dengan kuat bagi membolehkan upacara itu dijalankan. Secara perlahan-lahan, Anneliese hilang selera makan, dan akhirnya mati akibat tidak cukup nutrisi dan kekurangan air (dehidrasi) pada 1 Julai 1976. Ketika itu Anneliese baru berumur 23 tahun.

Tak lama kemudian, berita tentang kematian Anneliese menjadi berita sensasi di Jerman, dan ibunya serta kedua-dua paderi yang melakukan upacara tersebut dihadapkan ke mahkamah kerana cuai sehingga mengakibatkan kematian (negligent homicide). Mereka hadir ke Mahkamah dengan membawa rakaman upacara tersebut untuk menyatakan bahawa tindakan mereka adalah benar. Kedua-dua paderi tersebut dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan (tetapi kemudian ditangguhkan) kerana mengakibatkan kematian, serta diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun. Manakala ibu bapa Anneliese tidak dikenakan sebarang hukuman kerana menurut undang-undang Jerman, mereka sudah cukup menderita.

KATALAKI: Filem ‘The Exorcism of Emily Rose’ yang dikeluarkan pada tahun 2005 merupakan inspirasi daripada kisah Anneliese Michel…


Last modified: 20 July 2020