Kisah Seram Yang Selalu Kita Dengar Masa Kecil!

Sembang

Masa aku kecil-kecil dulu, mak dengan ayah aku selalu cerita dekat aku kisah-kisah yang agak seram. Selalunya dorang cerita benda ini bila aku main waktu maghrib ataupun aku main dekat luar rumah sampai tengah-tengah malam. Masa kecil-kecil dulu memang aku takutlah bila dengar cerita-cerita macam ini tapi bila dah besar aku baru tahu kenapa dorang suka cerita benda-benda macam ini.

Selalunya kisah-kisah seram yang ayah dan mak korang cerita itu bukanlah kisah betul dan ianya hanya taktik supaya korang tak degil dan keluar rumah sampai lewat malam. Iyelah masa kecil kita dah lah degil, kena marah pun tak makan saman. Tapi bila dengar cerita-cerita seram macam ini, kita automatic terus takut! Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa kisah seram yang selalu aku dengar masa aku kecil.

ANIS GILA

Ini adalah cerita yang paling seram pernah aku dengar. Kalau korang duduk dekat area Ampang mungkin korang akan dengar cerita yang sama. Nak dijadikan cerita, masa aku kecil, mak aku bagitahu ada satu kes seorang ibu yang bunuh anak-anak dia yang masih kecil. Perempuan ini nama dia Anis. Anis ini dikatakan menjadi kurang siuman disebabkan suami dia curang dengan dia.

Disebabkan tak boleh terima yang suami dia curang, Anis telah bertindak membunuh anak-anak dia dan suami dia semasa dorang sedang tidur. Dia kemudiannya melarikan diri dan masih bebas. Mak aku cerita dia selalu panggil budak-budak yang main lewat malam dan bagitahu yang budak-budak ini muka macam anak dia sebelum dia mengelar leher kanak-kanak tersebut. Sampai sekarang aku tak pasti cerita ini betul or dongeng semata-mata!

PENEMAN MANDI

Kisah yang ini biasanya diceritakan dekat budak-budak yang suka mandi lewat malam ataupun yang suka mandi lama-lama. Cerita ini sebenarnya tak nak korang membazir main air dan tak nak apa-apa jadi dekat korang dalam bilik sebab main-main dalam bilik air saja sebenarnya.

Cerita yang biasa mak aku cerita ialah masa korang tengah mandi and tengah sabun badan, akan ada satu lagi tangan yang tolong sabun badan korang. Bila korang toleh kebelakang korang tak akan nampak apa-apa tapi bila korang toleh ke depan balik, satu wajah paling hodoh akan betul-betul berada depan muka korang!

PATUNG HIDUP

Dulu masa aku kecil-kecil, aku suka sangat kumpul patung-patung mainan. Tak kiralah patung robot ke patung haiwan ke mesti aku akan suruh mak ayah aku beli lepas itu aku susun dalam bilik aku. Tapi disebabkan patung yang aku ada dah telampau banyak, mak dengan ayah aku mula cerita dengan aku satu cerita seram.

Mak aku bagitahu yang patung-patung ini boleh hidup lepas itu setiap malam dia akan duduk dekat atas katil sambil tengok aku tidur. Yang sangat tak bestnya masa ini juga, cerita Child’s Play keluar dekat television dan itu membuatkan aku lagi takut. Disebabkan takut punya pasal, aku buang patung-patung yang aku ada. Sekarang rasa menyesal sebab kalau aku simpan lagi patung-patung ini maybe boleh jual balik sebab barang rare hahaha!

KATALAKI: Kebanyakan cerita-cerita ini semuanya alasan untuk korang behave masa kecil saja hahaha!

Last modified: 27 May 2019