Kisah Tak Pernah Kalah Liverpool

Aktif, Bola, ZeKool

Buat masa ni, Liverpool dah pegang piala Premier League sebelah tangan selepas berjaya menewaskan Manchester United untuk kekal berada di puncak liga, beza 16 mata dengan Manchester City yang berada di tempat ke-2.

Kali terakhir Liverpool tewas dalam perlawanan Premier League adalah pada 3 Januari 2019 menentang Manchester City di Stadium Etihad. Dah lebih setahun Liverpool tak pernah rasa perasaan kalah dalam perlawanan Premier League.

Dalam perlawanan menentang Manchester City pada 3 Januari 2019, Liverpool mendahului 7 mata di depan Manchester City namun ditewaskan oleh garisan gol selepas John Stones berjaya mengeluarkan bola yang betul-betul berada di atas garisan gol sebelum Sergio Aguero menjaringkan gol pertama perlawanan.

Liverpool kembali menyamakan kedudukan selepas Roberto Firmino menanduk masuk bola ke dalam gawang gol untuk menjadikan kedudukan gol 1-1. Semasa perlawanan berbaki 18 minit, Leroy Sane berjaya menghadiahkan  3 mata penting kepada Manchester City dengan menjaringkan gol kemenangan untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-1. Selepas kemenangan ke atas Liverpool, Manchester City menamatkan saingan liga musim 2018/2019 dengan menjulang piala Premier League, meninggalkan Liverpool yang berada di tempat kedua dengan perbezaan 2 mata.

Selepas tewas dengan Manchester City untuk merebut gelaran juara Premier League musim 2018/19, Liverpool meneruskan untuk mengejar cita-cita sebagai juara, kali ni di kejohanan UEFA Champions League. Bangkit menewaskan Barcelona di perlawanan separuh akhir dengan keputusan agregat 3-4, Liverpool dipertemukan dengan Tottenham Hotspur di perlawanan akhir dan seterusnya berjaya bergelar juara Eropah selepas menjulang piala UEFA Champions League 2018/19, kali ke-6 dalam sejarah bola sepak Liverpool.

Buat masa ni, Liverpool tak pernah kalah dalam 39 perlawanan sejak kali terakhir kalah dengan Manchester City pada 3 Januari 2019. Memang tak boleh nak disangkal lagi, Liverpool merupakan antara pasukan bola sepak terbaik dunia buat masa ni dan memang dah sepatutnya layak untuk menjulang piala Premier League 2019/20, pertama kali dalam sejarah sejak Premier League wujud pada tahun 1992. Kalau Liverpool berjaya menang UEFA Champions League untuk kali kedua berturut-berturut tahun 2020 ni nanti, memang terdiam lah semua peminat bola sepak yang selalu dengki dengan kejayaan Liverpool.

KATALAKI: Pemain mantap, pengurus pun mantap, Liverpool memang power.

Last modified: 20 January 2020