“Kita Sepak Corona”, Pemain Bola Bersatu Demi Dunia

Aktif, Bola

We Kick Corona, satu inisiatif yang ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk membantu melawan wabak COVID-19, diasaskan oleh dua pemain ternama yang beraksi bersama dalam pasukan bola sepak kebangsaan Jerman dan Bayern Munich, Leon Goretzka dan Joshua Kimmich.

Setakat ni, ramai gak pemain ternama yang sebelum ni disanjung oleh penduduk dunia, kini bersetuju untuk bersatu menerusi kempen We Kick Corona, mengumpul dana untuk membantu penduduk dunia yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19, terutama sekali di Jerman, selain daripada menyeru orang ramai untuk turut sama menyumbang mengumpul dana. Antaranya, Mats Hummels, Julian Draxler, Sead Kolasinac, Klaas-Jan Huntelaar dan Leroy Sane.

 

View this post on Instagram

 

Jetzt heißt es: Zusammenhalten! Und daher möchte auch ich gerne die Initiative @wekickcorona unterstützen. Die Spenden gehen an soziale und karitative Einrichtungen, die das Geld dringend benötigen. Wir können und wir müssen alle unseren Beitrag leisten, sodass wir diese schwere Zeit gemeinsam überstehen. Lasst uns denen helfen, die anderen helfen. Vielen Dank für eure Unterstützung! Den Link findet ihr in der Story! #WEKICKCORONA . . Now it’s time to stick together! Therefore I will join the initiative @wekickcorona. All donations will go to welfare institutions and charity organizations which need them really badly. We all can and we all should make a contribution to overcome this difficult time. Let’s help those who are helping others. Thanks so much for all your support! You’ll find the link in my story! @leon_goretzka @jok_32

A post shared by Leroy Sané (@leroysane19) on

Setakat 23 Mac 2020, statistik COVID-19 di Jerman dah melebihi 20,000 kes dan 94 jumlah kes kematian.

Zlatan Ibrahimovic yang sekarang ni beraksi bersama AC Milan di Itali, juga menubuhkan tabung dana secara online untuk membantu pihak yang terlibat melawan COVID-19 di negara yang paling terkesan selain daripada China iaitu Itali menerusi kempen “Kick the Virus Away”. Zlatan Ibrahimovic yang memang lantang bersuara, tak pernah tak bagi punchline. Di penghujung video yang dimuat naik oleh Zlatan Ibrahimovic selepas melancarkan kempen “Kick the Virus Away”, Zlatan Ibrahimovic siap bagi peringatan, ” Kalau virus tak pergi ke Zlatan, Zlatan pergi ke virus”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic) on

Dua pasukan yang masih lagi sehingga kini cuba menentukan warna bandar Manchester sama ada biru atau merah iaitu Manchester City dan Manchester United bergabung mengumpul dana untuk membantu meningkatkan bekalan makanan individu yang terkesan dengan bencana COVID-19. Kat atas padang, tahap benci-membenci tinggi menggunung. Tapi luar padang, tetap sebuah bandar yang bersatu.

Pengurus yang popular dengan lawak-lawak sinis, Jose Mourinho memilih untuk menderma dan menjadi sukarelawan kepada sebuah badan kebajikan di United Kingdom, Age UK yang membantu membekalkan bantuan asas dan makanan kepada warga emas sepanjang tempoh kuarantin.

KATALAKI: Susah nak jangka apa yang akan terjadi kepada kalendar bola sepak dunia memandangkan sebarang aktiviti bola sepak masih lagi ditangguhkan sampai sekarang.

Last modified: 25 March 2020