Koleksi Lego Dunia Terbalik

Sembang

Korang minat kumpul mainan-mainan serta figura Lego tak? Korang peminat setia rancangan Stranger Things kat Netflix tak?

Kalau korang minat dengan dua benda yang aku cakapkan tu. Baru-baru ini pihak Lego telah bekerjasama dengan Netflix untuk recreate Lego versi rumah keluarga Byers’ dan universe Supernatural daripada siri fiksyen Netflix. Lego figure dan set rumah yang dikeluarkan pihak Lego dan Netflix ni lengkap dengan dunia upside down mirip seperti dalam citer Stranger Things.

Full set Lego Stranger Things ni jugak di datangkan khas dengan 8 watak utama siri Stranger Things dalam bentuk mini-figura termasuk Chief Hopper, Joyce Byers, Eleven, Mike, Lucas dan Dustin. Yang paling bestnya figura Lego ini adalah sama seperti babak Stranger Things dimana 8 watak utama ini cuba untuk selamatkan Will Byers daripada mahluk aneh Demogorgon.

Yang paling membuatkan pengumpul Lego dan peminat siri Netflix tak ketinggalan untuk dapatkan full set Lego ni adalah hasil details yang terdapat pada full set Lego ni di mana ianya sebijik macam dalam siri award winning Netflix tersebut seperti ukiran bentuk cahaya lampu lip-lap abjad yang terdapat pada dinding di rumah Byers yang didatangkan dengan light-up function, kereta polis rasmi Chief Hopper yang boleh dicantumkan, telefon yang mirip seperti didalam rumah Byers, unsur-unsur details kecil seperti poster dan dekorasi didalam bilik Will Byers.

Image via: https://www.engadget.com/

Lego Stranger Things yang didatang dengan sebanyak 2,287 keping Lego ini termasuk juga accessories untuk setiap watak-watak Stranger Things seperti coffee cup Chief Hoppers, waffle kegemaran Eleven dan lampu suluh Mike. Memang orang kata ini adalah ultimate collection yang harus didapatkan oleh peminat-peminat Lego dan Stranger Things.

Tak ketinggalan juga bila korang dah siap pasang satu set kepingan Lego ni. Korang boleh flip antara rumah Byers menjadi dunia upside down Stranger Things. Full set Lego ini didatangkan dengan 2 set untuk korang bina yang membolehkan pengumpul Lego ini bermain secara upside-down. Kalau korang peminat tegar Lego dan Stranger Things ni, boleh la korang bina just in time untuk season terbaharu Stranger Things yang akan keluar pada 4 July 2019.

KATALAKI: Tak sabarnya nak tunggu Stranger Things season 3 weyh!

Last modified: 11 September 2019