Koleksi Passing Messi Yang Tak Masuk Akal

Aktif, Bola

The GOAT, Lionel Messi, pemain yang bersaing sengit dengan Cristiano Ronaldo untuk membuktikan siapa pemain bola sepak nombor 1 di dunia. Kebanyakan pemain dan manager bola sepak memilih Messi lebih bagus berbanding CR7 disebabkan bakat semula jadi yang dimiliki oleh Messi.

CR7 pula memang hebat disebabkan kesungguhannya berlatih dan mengasah bakat sampai jadi pemain terbaik dunia. Penat juga sebenarnya tak habis-habis semua orang nak bandingkan antara Messi atau CR7.

Lionel Messi yang lahir pada 24 Jun 1987, pernah main untuk dua kelab je seumur hidupnya setakat ni. Masa remaja, Messi pernah main untuk Newell’s Old Boys dari tahun 1994 hingga 2000, kemudian berpindah ke Barcelona sampai la sekarang.

Setakat ni Messi dah jaringkan 574 gol dalam 658 penampilan bersama Barcelona. Cuba la teka berapa banyak dah piala yang Messi dah berjaya menang dengan Barcelona. 33 piala bosskurr. 33 piala ni termasuklah Piala La Liga, Piala UEFA Champions League dan banyak lagi lah.

Lionel Messi juga terkenal dengan dribbling yang mantap, ball control yang padu dan passing yang tak boleh nak dibaca oleh pihak lawan. Memang liat Messi ni kalau pemain lain nak curi bola daripada dia. Kali ni kita nak tengok antara passing yang pernah dibuat oleh Messi yang macam tak masuk akal la siot!

KATALAKI: Messi bukan setia dengan Barcelona je, Messi setia gak dengan wife dia yang kenal sejak berumur 5 tahun.

Last modified: 10 January 2019