Koleksi Punchline 3 Meter

Sembang

Baru beberapa hari je kita masuk tahun baru, 2019, dunia media sosial sekarang ni tengah kecoh dan viral pasal 3 meter. 3 meter brader, 3 meter! Rasanya semua orang dah tahu apa yang dimaksudkan dengan 3 meter tu. Bermula 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia dah pun mewartakan kawasan larangan merokok di semua kedai makan dan restoran terbuka kat seluruh Malaysia.

Bro-bro yang merokok lepas perut kenyang sentap roti canai ke, maggi goreng ke, ayam goreng ke, hanya dibenarkan merokok 3 meter atau 10 kaki dari kedai makan atau restoran  terbuka. Kalau degil apa denda yang akan dikenakan? Boleh didenda tak lebih RM 10,000 atau penjara tak lebih 2 tahun bosskurr!

Apa reaksi korang dengan peraturan baru yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ni? Untuk yang bukan perokok mungkin ni keadilan untuk dorang yang nak rasa udara bebas asap rokok sambil menjamu selera dengan keluarga dan anak-anak kesayangan. Tapi untuk perokok, ada yang memang dah faham kenapa wujudnya peraturan baru ni tapi ada juga yang buat tak reti. Lepas ni bro kalau tengok bola kat mamak, make sure sebelum kick-off dan masa half time dah settle berasap dulu 3 meter dari kedai. Masa tengok bola melanguk la depan screen projector gigit straw!

Jom kita tengok antara reaksi netizen yang penuh dengan lawak hambar dan punchline pasal larangan merokok yang terbaru ni. Ayuh!

 

 

 

 

 

Takziah buat kepada bro-bro selalu berasap kat kedai makan tu, buat korang semua. Kami di Thelaki nak dedikasikan playlist lagu-lagu “Tangkap Leleh” special untuk korang. Layaannnnnnn…

KATALAKI: Kalau kami buat giveaway pita pengukur korang on ke tak on?

Last modified: 10 May 2019