Komik Superhero Yang Patut Dijadikan Filem!

Sembang, ZAP, ZeKool

Ternyata industri perfileman terutama sekali yang berskala besar seperti di Hollywood telah mengeksploitasikan filem-filem superhero yang diadaptasi daripada komik. Tak payah sebut pun pasti ramai yang tahu, filem-filem superhero yang sedia ada semua dibarisi daripada komik-komik daripada Marvel Cinematic Universe dan dituruti oleh DC Extended Universe.

Tapi sebenarnya dunia superhero komik ini lebih luas dan lebih banyak lagi jalan cerita yang jauh lebih menarik daripada apa yang sedia ada setakat ni. Yang paling banyak mempelopori dan mengambil setiap peluang yang ada tentunya daripada Marvel Studios lah. Dan lama kelamaan, syarikat-syarikat penerbitan komik superhero juga boleh dikatakan slow pick-up untuk mengadaptasikan komik superhero mereka ke layar perak seperti syarikat penerbitan antara Image, Dark Horse, Boom dan banyak lagi. Kali ini kami nak ketengahan superhero atau siri komik yang sepatutnya sudah kira boleh diadaptasikan ke filem live action. Jom usha!

STATIC

Watak superhero yang digelarkan Static atau Static Shock ini boleh dikatakan sebagai versi Spider-Man dibawah penerbitan Milestone Comics. Watak utamanya Virgil Ovid Hawkins merupakan remaja African-American yang memperolehi kuasa electromagnetic selepas terdedah dengan mutagen gas. Sama seperti jalan cerita setiap superhero komik, Virgil mengunakan kuasa yang dimiliki untuk menjadi adiwira yang dikenali sebagai Static.

Seperti yang kami katakan, Virgil atau Static adalah anak emas untuk Milestone Comics dimana ianya diinspirasi dan direka daripada watak Spider-Man yang lebih modern. Menerusi penceritaan Static pula, ianya lebih fokus kepada isu-isu yang dihadapi oleh remaja sebaya Virgil seperti buli dan isu besar seperti school shooting dan sebagainya.

Walaupun Static adalah hasil ciptaan Milestone Comics, namun ianya merupakan salah satu watak dibawah terbitan DC Comics. Watak Static juga pernah muncul untuk beberapa episod dalam siri DC Animated Universe sebaris dengan nama-nama besar seperti Batman.

Sama juga kes dengan Spider-Man, siri Static juga terpalit dengan isu hak penciptaan namun hak cipta untuk Static dikatakan milik Warner Brothers. Jadi kemungkinan besar filem atau siri live action kita dapat saksikan menjadi kenyataan. Atau kemungkinan DC dan Milestone akan lebih berminat untuk tarik Static kedalam alam DC Extended Universe?

X-FACTOR INVESTIGATION

Image via: https://x-men.fandom.com

Sekarang ni kita semua tahu filem The New Mutants bakal muncul, dan nampak gayanya kita bakal saksikan team mutant yang baharu setanding dengan team X-Men dibawah terbitan Marvel Studios. Rasanya selain The New Mutants dan X-Men, siri kumpulan yang digelarkan sebagai X-Factor Investigations juga patut diberikan perhatian.

Diciptakan oleh Peter David, X-Factor Investigation diperkenalkan sebagai agensi penyiasatan diketuai oleh Jamie Madrox atau lebih dikenali sebagai Multiple Man. X-Factor Investigation ini di inspirasikan daripada siri X-Files dan wataknya lebih fokus kepada mutants yang sering dilupakan yang lebih kemas dan lebih ganas. Kalau dalam komik, siri X-Factor Investigation ini menarik hati para pembaca dan mempunyai pengikut yang tersendiri. Kiranya X-Factor Investigation ini ibarat underdog lah antara kumpulan-kumpulan mutant dibawah bumbung Marvel.

Rasanya Marvel patut labur lebih untuk jadikan siri X-Factor Investigation sebagai siri mutant yang baharu untuk dimasukkan didalam Marvel Cinematic Universe daripada menerusikan siri X-Men yang masih lagi berhadapan dengan isu yang tak sudah-sudah. If you know, you know.

Pada tahun 2017 juga, terdapat beberapa khabar angin yang mengatakan James Franco bakal memegang watak sebagai Jamie Madrox untuk filem solo Multiple Man. Jadi kemungkinan besar siri X-Factor Investigation ini bakal berkembang daripada situ. Siapa tahu?

DESCENDER

Komik yang diterbitkan oleh Image ini diciptakan oleh Jeff Lemire dan pelukis Dustin Nguyen. Ianya antara komik yang mampu membuat para pembaca menitiskan airmata. Isu pertama yang dikeluarkan pada bulan Mac 2015, Descender menerima sambutan yang mengalakkan daripada para peminat komik. Dalam pada masa yang sama, Sony Pictures tanpa ragu-ragu membeli hakcipta untuk Descender.

Storyline Descender mengikuti kisah sebuah android bernama Tim-21 yang dicipta untuk menjadi abang dan penjaga untuk seorang budak lelaki. Kedua-dua watak ini terpisah dan bertemu kembali dengan cara yang paling unik sekali. Tim-21 juga mempunyai sidekicks yang disukai ramai. Untuk Descender ini, ianya di inspirasikan daripada filem-filem Sci-fi. Ibarat macam universe Star Wars daripada pandangan sebuah robot android.

Daripada segi visual, Descender ini banyak bermain dengan look and feel yang nampak unik dan lebih artistic. Jadi kalau Descender ini di adaptasikan ke sebuah filem, ianya akan membuatkan filem tersebut nampak sangat-sangat cantik.

FUTURE FOUNDATION

Future Foundation boleh dikatakan sebagai sebuah team baru dibawah naungan Marvel yang menyatukan Fantastic Four, Spider-Man serta Power Pack termasuk beberapa lagi superhero muda. Ianya seperti memberikan nafas baharu buat team Fantastic Four.

Untuk Future Foundation, Mister Fantastic telah bekerja sama dengan superhero yang baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dunia. Kalau tengok pada suit mereka, ramai yang dah boleh kenal dan pernah tengok suit ni kan?

Ramai yang mengatakan kemungkinan besar filem Future Foundation ini akan berlaku selepas Fantastic Four sudah diterima sepenuh didalam MCU. Jika Future Foundation benar-benar direalisasi ke bentuk filem, ianya juga akan mampu meneruskan legasi Avengers.

INVINCIBLE

Ini adalah salah satu watak superhero yang boleh dikategorikan sebagai genre semi-parodi. Ianya ada sedikit mahupun sebanyak pengaruh seperti Deadpool.

Didalam komik ini, ianya memaparkan Mark Grayson yang memiliki kuasa kebal, kekuatan, kelajuan, boleh terbang dan kemampuan dalam fast healing. Mark Grayson juga sebenarnya mewarisi kuasa dan kekuatan daripada Onmi-Man yang merupakan ayah kandungannya. Kedua-dua superhero ini memiliki kuasa dan kekuatan seperti Superman.

Ini adalah salah satu daripada komik popular dibawah terbitan Image Comics. Pada tahun 2017, terdapat sebuah pengumuman tentang projek filem Invincible dimana Seth Rogen dan Evan Goldberg bakal bekerjasama dengan Universal Studios. Dengar khabar ianya bakal ditayangkan di Amazon Prime dalam bentuk filem animasi. 

KATALAKI: Bila ada lebih lagi superhero, best la sikit. Takde la asyik tengok hero-hero Marvel je…

Last modified: 16 July 2020