Komuniti Rasmi PES Malaysia

Game, Tech

Scene esport sekarang ada bermacam-macam jenis permainan video yang dipertandingkan. Ada DOTA 2, CS:GO, Mobile Legends, Overwatch, PUBG dan bermacam-macam lagi. Terdapat juga permainan video bergenre sport juga dipertandingkan seperti FIFA dan PES.

Bagi yang tak tahu PES itu apa, PES merupakan permainan video sukan bola sepak yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Konami. Pertama kali PES atau nama panjang dia Pro Evolution Soccer dikeluarkan adalah pada tahun 1995 tapi menggunakan nama lain iaitu Winning Eleven pada console PS1.

PES juga telah banyak kali dipertandingkan dalam tournament esport. PES League ataupun sebelum ini dikenali dengan nama PES World Finals merupakan kejohanan esport rasmi untuk permainan PES yang mula dianjurkan pada tahun 2010.

Di Malaysia, kita juga mempunyai community rasmi untuk peminat-peminat permainan video PES dan aku telah diberi kesempatan untuk menemubual salah seorang founder untuk komuniti PES Malaysia.

AhmadDragonYazid merupakan founder & chief administrator untuk komuniti PES Malaysia. Ketika ditanya bagaimana boleh terciptanya komuniti ini, Yazid memberitahu yang komuniti ini diasaskan bermula dari tahun 2015. Komuniti yang pada mulanya hanya group Whatsapp kemudian diperkembangkan dengan Facebook page dan bertindak merapatkan lagi peminat-peminat permainan video PES dari seluruh Malaysia.

Founder Komuniti PES Malaysia, Ahmad “Dragon” Yazid

Setakat hari ini, group PES Malaysia telah mempunyai lebih kurang 10,000+ followers dari seluruh Malaysia. PES Malaysia dibuat untuk menaik tarafkan permainan ini dan memperkenalkan lagi permainan video ini kepada orang ramai.

Komuniti ini juga bertindak untuk merapatkan lagi peminat-peminat PES dengan developer iaitu Konami dan komuniti-komuniti rasmi PES Asia dan luar negara. Semenjak wujudnya komuniti PES Malaysia ini, pihak penganjur tournament mula menunjukkan minat terhadap permainan video PES ini dan memperbanyakan lagi tournament-tournament PES di seluruh Malaysia.

Walaupun sekarang permainan-permainan video lain seperti Mobile Legends dan PUBG lebih terkenal, Yazid tidak mahu komuniti ini hanya mengejar duit kemenangan tournament sahaja, dia mengharapkan komuniti ini melihat gambaran yang lebih besar seperti memperkembangkan lagi komuniti PES Malaysia.

Admin & Marshals PES Malaysia

Pada tahun 2018, PES Malaysia pernah menghantar dua wakil dari Malaysia untuk bertanding di Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. PES Malaysia juga pernah menghantar 4 orang wakil pada awal tahun lepas untuk Tournament yang dianjurkan oleh Konami sendiri di Bangkok, Thailand.

Ketika ditanya tentang perancangan PES Malaysia untuk tahun 2019, Yazid berkata dia ingin mengembangkan lagi komuniti ini dan mencari lebih ramai lagi pemain-pemain PES seluruh Malaysia untuk mewakili Malaysia. Yazid juga berkata PES Malaysia sedang dalam perancangan untuk membuat tournament besar-besaran demi mencari pemain untuk mewakili Malaysia ke Bangkok, Thailand tahun ini.

Secara global pula, PES Malaysia sedang berkerjasama dengan pihak luar negara untuk membuatkan scene PES di Malaysia dan juga seluruh Asia lebih meriah. Dia berkata by end of this year, Komuniti PES Malaysia akan lebih berkembang dan lebih ramai ahli.

Sebahagian ahli komuniti PES Malaysia

Bertanya tentang kenapa kurangnya tournamenttournament PES di Malaysia, Yazid memberitahu sebelum ini PES memang kurang mendapat sokongan oleh penganjur-penganjur di Malaysia. Namun setelah mereka melihat komuniti PES Malaysia yang saling membantu antara satu sama lain dan semakin berkembang, mereka mula menunjukan minat untuk memperbanyakan lagi tournament-tournament PES.

Di sebabkan ini, komuniti PES Malaysia sangat memainkan peranan demi menunjukan kepada penganjur-penganjur bahawa permainan video PES ini juga mempunyai komuniti yang besar di Malaysia dan pemain-pemain PES Malaysia juga mampu bersaing didalam dan juga diluar negara.

Bercakap tentang achievement terbesar yang Yazid paling bangga pernah dicapai oleh PES Malaysia, Yazid berasa cukup puas hati penganjur-penganjur sekarang mula memberi perhatian kepada permainan video PES. Sebelum ini setiap kali tournament, penganjur lebih suka memilih permainan video FIFA namun ianya mula berubah semenjak 2-3 tahun ini. Yazid juga berkata, semua ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dari komuniti dan pihak penganjur malah dia sendiri tidak mampu untuk membuatnya jika berseorangan.

Yazid juga gembira melihat komuniti PES ini mula berkembang dan komuniti-komuniti PES luar negara juga memuji system yang dibuat oleh PES Malaysia. Dengan System ini, pemain-pemain boleh mengumpul point dengan memenangi tournament yang dianjurkan sendiri oleh PES Malaysia ataupun tournament yang mempunyai kerjasama dengan mereka.

Dengan system ini juga, mereka dapat tahu siapa pemain-pemain yang mempunyai potensi untuk mewakili Malaysia dan system ini juga diiktiraf oleh Konami sendiri. Bagi mereka yang nak tengok point-point dan siapa top PES player dekat Malaysia sekarang, dorang boleh check di website rasmi PES MALAYSIA.

Harapan Yazid untuk PES Malaysia ialah komuniti yang masih kecil ini mendapat sokongan daripada semua orang termasuk penganjur tournament, Konami dan juga kerajaan Malaysia. Dengan memperbanyakan lagi ahli-ahli dalam PES Malaysia, sokongan seperti sponsorship dan bermacam-macam lagi lebih mudah untuk diperolehi.

Kepada peminat-peminat permainan video PES, jangan lupa untuk check out Facebook page rasmi PES Malaysia dan follow Instagram mereka untuk update dan info terkini tentang komuniti ini. Korang jugak boleh check out terus website rasmi dorang di www.pesmalaysia.com

KATALAKI: Terima kasih kepada Yazid kerana sudi berkongsi tentang sejarah komuniti PES Malaysia. Semoga komuniti ini lebih terus berkembang dan terus sukses!

Last modified: 1 February 2019