Konsert Paling Boek 2019

Sembang

Settle untuk tahun 2018, korang dah ready belum untuk 2019? Apa plan korang untuk tahun 2019 nanti? Azam tahun baru? Boring brader. Jom kita get ready untuk konsert yang akan berlangsung untuk 2019 nanti! Tabung mana tabung?!

Maroon 5 Red Pills Blue Tour

Tahun 2018, Maroon 5 ada keluarkan album baru, Red Pills Blue yang menampilkan banyak lagu-lagu yang dah famous berkumandang kat radio. Yang paling mendapat sambutan tentu sekali Girls Like You selepas music video yang dikeluarkan dipuji ramai. Yang best nya, Maroon 5 dah announce yang negara Asia termasuk dalam senarai world tour dorang! Check out tarikh konsert dorang kat bawah ni.

Maroon 5 Red Pills Blue Tour

19 Februari 2019 – Brisbane, Australia

21 Februari 2019 – Sydney, Australia

22 Februari 2019 – Melbourne, Australia

25 Februari 2019 – Tokyo, Japan

1 Mac 2019 – Kaohsiung, Taiwan

5 Mac 2019 – Manila, Philippines

7 Mac 2019 – Singapore

9 Mac 2019 – Bangkok

Blackpink 2019 World Tour

Kalau korang memang setiap pagi sebelum start buat kerja kena layan music video Blackpink dulu, boleh la start menabung untuk pergi tengok konsert Blackpink. Tengok Blackpink depan-depan. Bukan senang. Tiket konsert kat Malaysia dah sold out brader. Reseller siap ada yang jual balik tiket sampai RM 11k! Wadehel. Korang usha date kat bawah ni kot-kot ada tiket yang available lagi untuk konsert Blackpink luar Malaysia.

Blackpink 2019 World Tour

12 & 13 Januari 2019 – Bangkok, Thailand

20 Januari 2019 – Jakarta, Indonesia

26 Januari 2019 – Hong Kong

2 Februari 2019 – Manila, Philippines

15 Februari 2019 – Singapore

23 Februari 2019 – Kuala Lumpur, Malaysia

3 Mac 2019 – Taipei

Dewa 19 Reunion Live In Malaysia

Band legenda Indonesia, Dewa 19 akan gegarkan Stadium Malawati , Shah Alam pada 2 Februari 2019 nanti! Yang paling ngam terok, konsert Dewa 19 kali ni, dorang akan reunion balik dengan line-up Dewa 19 sebelum ni! Aril Lasso dan Once pun akan turun ke Malaysia untuk join Dewa 19 Reunion Live In Malaysia. Kalau korang layan Dewa 19 zaman Aril Lasso atau Once sebagai vokalis, takde alasan la untuk korang tak datang konsert ni. Details konsert usha bawah.

Dewa 19 Reunion Live In Malaysia

2 Februari 2019 – Stadium Malawati, Shah Alam

RM238 – Cat 3 (Reserved seating)

RM358 – Cat 2 (Baladewa Standing Zone)

RM458- Cat 1 (VIP Reserved Seating)

RM888 – Cat VIP (Meet and Greet Reserved Seating)

Spice World 2019 Tour

Bila lagi kita nak tengok chinggey-chinggey zaman sekolah dulu perform balik kat atas stage dengan lagu famous dorang kan. Cuma sekarang dorang dah kira MILF la. Tapi sayanggg, konsert Spice Girls kali ni, Victoria Beckham takde. Dengar cerita jadual Victoria Beckham terlalu pack dan busy. Tak boleh nak join konsert ni. Ke David Beckham tak bagi? Spice World 2019 Tour ni tak singgah kat negara Asia. Tapi demi kesungguhan korang semata-mata untuk Spice Girls, boleh cuba usha tiket untuk tarikh dan lokasi konsert kat bawah ni.

Spice World 2019 Tour

1 Jun 2019 — Manchester, England

3 Jun 2019 — Coventry, England

6 Jun 2019 — Sunderland, England

8 Jun 2019 — Edinburgh, Scotland

10 Jun 2019 — Bristol, England

15 Jun 2019 — London, England

KATALAKI: Amacam bosskurr, konsert mana yang korang plan nak pegi? Cepat save duit, save duit!

Last modified: 21 December 2018