Kontrak Tak Sambung, Ini Pencapaian Datuk Ong Kim Swee

Aktif, Bola, ZeKool

Selepas skuad bola sepak kebangsaan bawah 22 tahun (B-22) gagal untuk melepasi peringkat kumpulan di Sukan SEA 2019, berita mengenai status kontrak Datuk Ong Kim Swee mula terbang di media sosial selepas Setiausaha FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan yang kontrak Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan akan tamat di penghujung tahun 2019 dan tidak akan disambung.

Walaubagaimanapun, menurut Stuart Ramalingam, ini bukan bermaksud Datuk Ong Kim Swee tidak akan bekerja lagi dengan FAM. Datuk Ong Kim Swee mungkin akan diberikan tugasan lain berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh Datuk Ong Kim Swee.

Image Via : hmetro.com.my

Ini ucapan Datuk Ong Kim Swee di Twitter selepas pengumuman yang dibuat oleh FAM mengenai status kontrak Datuk Ong Kim Swee bersama dengan skuad B-22 kebangsaan.

Datuk Ong Kim Swee yang lahir pada tahun 1970 dan berasal dari Melaka, mula terlibat dalam bidang bola sepak sebagai pemain bola sepak profesional bersama dengan pasukan Melaka sebelum terlibat dengan skuad projek Barcelona 1992.

Projek Barcelona 1992 diwujudkan oleh FAM untuk membina sebuah pasukan bola sepak kebangsaan yang mampu untuk layak bertanding di Sukan Olimpik Barcelona 1992, dibimbing oleh ketua jurulatih, Chow Kwai Lam. Selain daripada Datuk Ong Kim Swee, legenda bola sepak Malaysia Azman Adnan dan Mubin Mokhtar pun turut terlibat dalam skuad projek Barcelona 1992. Malang sekali, Malaysia gagal untuk layak ke Sukan Olimpik Barcelona 1992 selepas tak berjaya melepasi perlawanan kelayakan peringkat kumpulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ong Kim Swee (@oks_harimaumsia) on

Pada tahun 1993, Datuk Ong Kim Swee menyertai pasukan Sarawak selama 2 musim sebelum berpindah untuk bersama dengan pasukan Sabah pada tahun 1994. Bersama pasukan Sabah, Datuk Ong Kim Swee berjaya menjulang Piala FA pada tahun 1995 dan menjuarai Liga M pada tahun 1996.

 

View this post on Instagram

 

Many many years ago with Sabah.

A post shared by Ong Kim Swee (@oks_harimaumsia) on

Pasukan pertama yang dilatih oleh Datuk Ong Kim Swee selepas bersara sebagai pemain bola sepak profesional adalah pasukan Melaka pada tahun 2005. Pada tahun 2009, Datuk Ong Kim Swee dipanggil oleh FAM untuk mengambil alih tugas Datuk K. Rajagopal untuk mengemudi skuad Harimau Muda dan pada tahun yang sama juga, Datuk Ong Kim Swee berjaya membimbing pasukan Harimau Muda menjuarai Liga Premier 2009 dan seterusnya mula membentuk pasukan kebangsaan bawah 22 tahun dan bawah 23 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ong Kim Swee (@oks_harimaumsia) on

Sepanjang karier Datuk Ong Kim Swee berkhidmat sebagai ketua jurulatih kebangsaan bawah 22 tahun dan bawah 23 tahun, Datuk Ong Kim Swee pernah menghadiahkan pingat Emas di Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Indonesia, berjaya menjulang piala Pesta Bola Merdeka pada tahun 2013 dan piala Bangabandhu Cup di Bangladesh pada tahun 2015, menghadiahkan pingat Perak di Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur dan berjaya membimbing skuad kebangsaan bawah 23 tahun sehingga ke peringkat suku akhir dalam penampilan pertama Malaysia di kejohanan Piala AFC B-23 yang berlangsung di China pada tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ong Kim Swee (@oks_harimaumsia) on

KATALAKI: Dah banyak jasa dan pengorbanan yang pernah dicurahkan oleh Datuk Ong Kim Swee kepada pembangunan bola sepak negara. Jangan kita puja bila menang tapi hina bila kalah. Terima kasih Datuk Ong Kim Swee!

Last modified: 17 December 2019