Kontroversi The Last of Us Part II

Game, Tech, ZAP, ZeKool

Selepas 7 tahun, pencinta permainan video yang pernah menyelami kisah Joel dan Ellie dalam The Last of Us akhirnya melonjak kegembiraan apabila game terbaru, The Last of Us Part II mula dipasarkan di seluruh dunia, hanya di PlayStation 4 pada 19 Jun 2020. Ada tak antara korang yang dah habis main The Last of Us Part II?

Menerusi The Last of Us Part II kali ni, kisah Ellie dan Joel bersambung selepas 5 tahun kejadian yang berlaku dalam siri permainan video The Last of Us yang pertama, kini Ellie dah berusia 19 tahun dan Joel dah pun berumur lebih 50 tahun. Masing-masing masih lagi berlindung di satu tempat bersama dengan komuniti yang terselamat daripada sebarang jangkitan. Dalam masa yang sama, Ellie dan yang lain masih lagi menerima ancaman bahaya daripada manusia yang dah dijangkiti dan komuniti lain yang juga masih bebas daripada sebarang jangkitan. Apabila satu kejadian berlaku yang menyebabkan Ellie hilang ketenteraman, penceritaan Ellie dalam The Last of Us Part II bermula selepas Ellie nekad untuk membalas dendam dan memburu satu per satu musuh yang dicari demi menegakkan keadilan.

Setakat ni, The Last of Us Part II juga menerima pujian yang melampau setanding siri permainan video yang pertama dengan gameplay yang lebih baik, perjalanan cerita yang penuh emosi, kualiti grafik yang gempak masih dikekalkan dan persembahan pelakon-pelakon dalam The Last of Us Part II yang memukau. Walau bagaimanapun, ada beberapa kontroversi yang tercetus melibatkan The Last of Us Part II sehingga menjejaskan betapa cemerlangnya game tersebut.

BOCOR

The Last of Us Part II juga antara mangsa pandemik COVID-19 apabila tarikh mula dipasarkan terpaksa ditunda disebabkan masalah logistik. Malang sekali, sebelum The Last of Us Part II yang lama ditunggu-tunggu mula dipasarkan pada 19 Jun 2020, beberapa klip video yang memaparkan jalan cerita The Last of Us Part II tiba-tiba bocor di YouTube, seterusnya semakin tersebar meluas di beberapa forum permainan video dan media sosial. Walaupun team developers The Last of Us Part II, Naughty Dog cuba mengawal kebocoran data yang disebabkan oleh penggodam, tapi kebanyakan peminat siri permainan video The Last of Us sudah pun tergoda untuk mencari klip video The Last of Us Part II yang bocor.

LGBT

Kontroversi awal yang mula tercetus sebelum The Last of Us Part II dipasarkan kepada orang ramai adalah melibatkan unsur LGBT yang kali pertama dipertontonkan menerusi video trailer The Last of Us Part II. Disebabkan beberapa negara masih lagi tidak menerima gaya hidup LGBT, kerajaan UAE dan Arab Saudi antara negara yang terpaksa menghalang The Last of Us Part II daripada boleh dimainkan di negara tersebut. Unsur LGBT bukan je melibatkan watak Ellie dan Dina, tapi ada satu lagi watak dalam The Last of Us Part II, dikenali sebagai Lev yang mengalami dilema mengenai jantina sendiri.

KESUDAHAN THE LAST OF US PART II

Kalau korang dah selesai main The Last of Us Part II, mesti korang faham apa kontroversi yang kami maksudkan. Untuk mengelakkan sebarang spoiler, kami takkan cerita secara mendalam mengenai apa yang berlaku di penghujung kisah The Last of Us Part II. Secara dasarnya, ramai pemain-pemain The Last of Us Part II tak berpuas hati dengan penyudah yang disampaikan dalam The Last of Us Part II kali ni berbanding siri permainan video yang pertama. Sebelum ni, bahagian terakhir The Last of Us Part II juga pernah dibocorkan oleh penggodam di Internet. Jadi, kalau korang nak tahu sendiri kenapa ramai yang hampa dengan kesudahan The Last of Us Part II, jawapannya korang sendiri kena lah main The Last of Us Part II.

KATALAKI: Korang rasa, patut ke ada sequel ke-3 untuk The Last of Us?

Last modified: 2 July 2020