Mungkin ramai antara kita yang lebih familiar bila dengar pasal Ballon d’Or. Hari tu pun kami ada cerita pasal pemain yang layak untuk rebut anugerah Ballon d’Or 2019 dan apa maksud Ballon d’Or. Tapi bila sebut Kopa Trophy, ada lagi yang belum tahu anugerah Kopa Trophy ni untuk apa memandangkan baru setahun jagung je umur anugerah ni.

Image Via : twitter.com/francefootball
Kopa Trophy merupakan anugerah yang diberikan kepada pemain bola sepak terbaik bawah 21 tahun, dianjurkan oleh France Football, sebuah syarikat majalah bola sepak terkemuka di dunia yang juga menganjurkan anugerah Ballon d’Or. Nama Kopa Trophy tu sebenarnya berasal daripada nama salah seorang pemain bola sepak legenda Perancis iaitu Raymond Kopa yang pernah menang Ballon d’Or pada tahun 1958.

Image Via : francefootball.fr
Berbeza dengan anugerah Ballon d’Or yang diundi dan ditentukan pemenang oleh wartawan bola sepak dari seluruh dunia, pemenang Kopa Trophy akan ditentukan menerusi undian yang dilakukan oleh bekas pemenang Ballon d’Or sebelum ni antaranya Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Kaka, Ronaldinho, Michael Owen dan ramai lagi lah.

Image Via : as.com
Walaupun usia Kopa Trophy baru setahun selepas mula diperkenalkan pada tahun 2018, tapi Kopa Trophy ni merupakan anugerah yang paling direbut oleh pemain-pemain muda yang dijangka akan menjadi pemain terbaik dunia pada masa akan datang. Kylian Mbappe merupakan pemain bola sepak pertama yang berjaya julang Kopa Trophy pada tahun 2018 menewaskan Christian Pulisic dan Justin Kluivert.
🇫🇷 Kylian Mbappé (@KMbappe) is the first ever winner of the Kopa Trophy! #kopatrophy #ballondor pic.twitter.com/QnHX48y1AF
— France Football (@francefootball) December 3, 2018
Mbappe shows the home fans his Kopa trophy 🙌 pic.twitter.com/agXNxHDCcN
— B/R Football (@brfootball) December 22, 2018
Pada 22 Oktober 2019 hari tu, France Football dah umumkan senarai 10 pemain muda terbaik yang tercalon untuk rebut Kopa Trophy 2019. Lee Kang-In yang bermain untuk pasukan Valencia dan berasal dari Korea Selatan merupakan pemain dari benua Asia kedua yang pernah tercalon untuk Kopa Trophy selepas Ritsu Doan dari Jepun pernah dicalonkan pada tahun 2018.
The #kopatrophy nominees—football’s young stars 🌟 pic.twitter.com/0SmngAUFln
— B/R Football (@brfootball) October 21, 2019
KATALAKI: Anugerah Ballon d’Or dan Kopa Trophy akan disampaikan dalam majlis yang sama, dijangka akan berlangsung pada bulan Disember nanti.