Pelumba Tempatan ‘Berlumba’ Untuk Anugerah

Aktif, Motorsports

Untuk edisi yang ketiga,  SIC-Motorsports Association of Malaysia Awards kembali lagi tahun ni untuk mengiktiraf ahli sukan yang terlibat dengan sukan permotoran sepanjang tahun 2018. Anugerah ni akan berlangsung pada 12 Februari nanti.

SIC-Motorsports Association of Malaysia Awards ni bukan je bertujuan untuk menghargai jasa pelumba sukan motor atau kereta kat Malaysia, anugerah ni juga tujuannya untuk bagi pengiktirafan kepada media-media yang terlibat untuk memajukan sukan permotoran di Malaysia. Bawah ni antara kategori yang dipertandingkan.

Ada satu anugerah ni  yang memerlukan undian korang semua untuk tentukan siapa yang layak terima Malaysia Motorsports People’s Choice Award untuk tahun 2018. Antara yang tercalon ialah Hafizh Syahrin, Azlan Shah, Tengku Djan Ley, Adam Norrodin, Keifli Othman, Nabil Jefri, Jazeman Jaafar, Khairul Idham Pawi, Zulfahmi Khairudin dan Farriz Fauzy. Untuk tahun 2016 & 2017, Hafizh Syahrin yang berjaya menang anugerah ni. Kalau nak vote, korang boleh klik kat sini bosskurr.

KATALAKI: Dah vote jangan lupa roger member korang sekali untuk vote gak.

Last modified: 15 January 2019