Korang Sanggup Main Game Tanpa Audio?

Game, Tech

Bulan November ni banyak game-game baru yang akan keluar tak kiralah dekat PS4, Xbox One, Switch or PC. Jadi hari ni aku nak share kan dengan korang 5 game yang aku tak sabar nak main bulan November ni.

Tarikh launching setiap game dalam artikel ni mungkin berubah mengikut keadaan. Ini adalah tarikh yang aku dapat confirm-kan setakat 12/11/2018.

THE QUIET MAN

The Quite Man merupakan game ber-genre action adventure yang dikeluarkan untuk konsol PS4 dan jugak PC.

Game ni bagi aku nampak macam menarik disebabkan ini dikatakan didatangkan tanpa audio disebabkan watak yang korang akan main ni nanti adalah seorang yang pekak dan bisu. Walaupun game ni baru saja dikeluarkan pada bulan ini, banyak review menyatakan yang The Quite Man adalah The Worst Game of 2018.

Walaupun macam tu, aku tetap nak try game ni. Maybe kena dengan selera aku. The Quite Man ni dihasilkan oleh Square Enix dan Human Head Studios. Game ni telah berada di pasaran sejak 01/11/2018.

HITMAN 2

Hitman 2 merupakan sequel untuk Hitman yang keluar pada tahun 2016. Game yang terkenal dengan pembunuhan secara senyap ini dihasilkan oleh IO Interactive dan dikeluarkan oleh Warner Bros. Interactive Entertainment.

Agent 47, hero dalam game Hitman ini sedang dalam mission untuk memburu Shadow Client. Untuk Hitman 2 ini, terdapat beberapa mission special yang diberi nama “Elusive Target” yang ada time limit. Untuk Elusive Target yang pertama ini, Pelakon Sean Bean yang pernah membintangi siri Game of Throne akan menjadi target pertama mission Elusive Target ini.

Hitman 2 akan dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan PC pada 13 November 2018.

SPYRO REIGNITED TRILOGY

Spyro Reignited Trilogy merupakan koleksi remaster untuk 3 tajuk Spyro iaitu Spyro the Dragon yang dikeluarkan pada 1998, Spyro 2: Ripto Rage! pada tahun 1999 dan Spyro: Year of the Dragon pada tahun 2000. Ketiga-tiga series mulanya dikeluarkan untuk PlayStation 1.

Dalam game ini, korang akan bermain sebagai Spyro dan korang perlu mendapatkan kembali Dragon Eggs yang telah dicuri oleh Bianca bersama tentera Rhynocs yang telah diupah oleh Sorceress, seorang permaisuri jahat yang tinggal di Forgotten Worlds.

Spyro Reignited Trilogy ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan jugak Xbox One pada 13 November 2018.

FALLOUT 76

Fallout 76 merupakan game yang dihasilkan oleh Bethesda Game Studio dan dikeluarkan oleh Bethesda Softwork. Game ini merupakan siri ke 9 untuk game Fallout dan merupakan prequel kepada Fallout sebelum ini.

Jalan cerita untuk Fallout 76 ini bermula pada tahun 2102, 25 tahun selepas peperangan nuklear. Korang akan bermain sebagai salah seorang penghuni Vault 76, sebuah shelter yang dibina di West Virginia.

Fallout 76 merupakan game Fallout pertama yang mempunyai online multiplayer dimana korang boleh bermain bersama 3 kawan korang yang lain. Fallout 76 akan berada di pasaran pada 14 November 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

DARKSIDER 3

Darksider 3 merupakan sambungan kepada Darksider 2 tetapi game kali ini korang akan bermain sebagai Fury dan bukannya Death seperti Darksider 2.

Fury merupakan adik kepada Death dan War, salah seorang daripada Four Horseman of the Apocalypse yang telah ditugaskan oleh Charred Council untuk memburu Seven Deadly Sins setelah kesemua mereka terlepas bila Seal of the Apocalypse dimusnakan oleh War.

Darksider 3 akan berada dipasaran pada 27 November 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan jugak untuk PC.

KATALAKI: Untuk bulan November ni, The Quiet Man, Hitman 2 dengan Darksider 3 je yang menarik minat aku untuk beli. Korang pulak?

Last modified: 4 January 2019