Korang Setuju Man Utd Jual 4 Pemain Ni?

Aktif, Bola

Selepas Ole Gunnar Solskjær sah sebagai manager baru Manchester United, ada beberapa player yang mungkin akan dijual untuk membentuk semula Man Utd sebagai pasukan yang boleh mencabar kejuaraan Premier League selepas kali terakhir Man Utd berjaya jadi juara pada tahun 2013.

Image Via : premierleague.com

Ada beberapa nama yang muncul dikatakan akan dijual oleh Man Utd selepas selesai Premier League musim 2018/2019 nanti. Walaupun nama-nama ni bukan datang daripada mulut Ole Gunnar Solskjær sendiri, tapi kita nak tengok macam mana prestasi pemain yang dikatakan akan dijual ni, sepanjang bersama dengan Man Utd.

Alexis Sanchez

Image Via : sportbible.com

Alexis Sanchez pindah ke Man Utd dari Arsenal pada tahun 2018 dalam perjanjian pertukaran pemain antara Man Utd dan Arsenal. Pada masa yang sama, Henrikh Mkhitaryan pindah ke Arsenal daripada Man Utd.

Image Via : premierleague.com

Sepanjang beraksi dengan Man Utd, Alexis Sanchez dah buat 41 penampilan setakat ni, berjaya jaringkan 5 gol dan 9 bantuan gol atau assist. Alexis Sanchez juga merupakan pemain dari Chile pertama yang beraksi dengan Man Utd dalam perlawanan kompetitif.

Image Via : telegraph.co.uk

Kalau nak dibandingkan prestasi Alexis Sanchez bersama dengan Arsenal, dalam 166 perlawanan, Alexis Sanchez berjaya jaringkan 80 gol dan 45 assist.

Marcos Rojo

Image Via : independent.co.uk

Marcos Rojo pindah ke Old Trafford dari Sporting CP pada tahun 2014. Dah 5 tahun dah Marcos Rojo ni kat Man Utd. Macam mana dengan prestasi Marcos Rojo kat Man Utd? Penyokong Man Utd bangga tak ada player macam Marcos Rojo?

Image Via : strettynews.com

Marcos Rojo dah berjaya buat 111 penampilan bersama dengan Man Utd dan dah pernah menang 4 piala termasuk FA Cup 2016, Europa League 2017, Community Shield 2016 dan League Cup 2017.

Image Via : stuff.co.nz

Sepanjang beraksi dengan Man Utd, selalu gak Marcos Rojo ni injured. Sejak 2014 sehingga 2019, 11 kali Marcos Rojo pernah injured. Tempoh paling lama Marcos Rojo pernah injured ialah selama 207 hari pada 21 April 2017 sehingga 14 Nov 2017.

Juan Mata

Kalau korang nak tahu, Juan Mata merupakan pemain akademi Real Madrid yang tak berjaya beraksi bersama dengan skuad senior Real Madrid. Juan Mata berpindah ke Man Utd dari Chelsea pada tahun 2014.

Image Via : irishmirror.ie

Sepanjang bersama dengan Man Utd, Juan Mata berjaya buat 215 penampilan, 44 gol dan 36 assist. Not bad gak sebenarnya Juan Mata masa beraksi dengan Man Utd. Tapi disebabkan umur Juan Mata dah mencecah 30 tahun, mungkin tiba masanya Juan Mata angkat kaki berpindah ke team lain?

Ander Herrera

Image Via : thewistle.com

Ander Herrera berpindah dari Athletic Bilbao ke Man Utd pada tahun 2014. Setakat ni, Ander Herrera dah berjaya buat 187 penampilan, 20 gol dan 27 assist bersama Man Utd. Cara permainan Ander Herrera di Man Utd pernah disamakan macam Paul Scholes. Seorang pemain yang boleh tackle, boleh menang bola, boleh passing bola dan boleh jaringkan gol.

Image Via : extra.ie

Sejak Ander Herrera beraksi dengan Man Utd, 4 piala berjaya dimenangi antaranya FA Cup 2016, League Cup 2017, Europa League 2017 dan Community Shield 2017.

KATALAKI: Apa komen korang pasal pemain yang nak dijual ni? Korang setuju? Kalau dah dijual mesti Man Utd kena cari pengganti gak. Siapa lak yang akan dibeli oleh Man Utd nanti? Surprise, surprise.

Last modified: 7 April 2019