Korang Wajib Download Free Games Playstation Plus November!

Game, Tech

Agak lama aku tak menulis tentang free game untuk Playstation Plus sebab aku sendiri pun dah lama tak renew aku punya Playstation Plus sebab kecewa dengan free game yang dorang tawarkan pada bulan-bulan yang lepas. Tapi untuk free games bulan November ini, aku kena share dengan korang sebab game yang nak bagi memang padu bro!

NIOH

Bagi korang yang minat gameplay macam game Dark Souls dan juga Sekiro: Shadows Die Twice, korang mesti akan gembira sebab untuk bulan November nanti, Playstation akan berikan game Nioh secara percuma kepada mereka yang subscribe Playstation Plus!

Game ini merupakan action role-playing game yang dihasilkan oleh Team Ninja untuk Playstation 4. Ia telah dikeluarkan pada Februari dua tahun yang lepas. Dalam game ini, korang akan bermain sebagai William, seorang pelayar yang terpaksa mempertahankan dirinya dalam kancah peperangan Sengoku Period.

OUTLAST 2

Bagi mereka yang meminati game seram dan sempena Halloween ini, pihak Playstation juga turut memberikan korang permainan video Outlast 2. Bagi korang yang dah bermain permainan video Outlast yang pertama, mesti korang tahu seramnya permainan video ini.

Outlast 2 adalah firstperson survival horror game yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh Red Barrels. Dalam game ini korang akan bermain sebagai Blake Langermann dan juga isterinya Lynn yang terdampar di gurun Arizona untuk menyiasat tentang kes pembunuhan kejam seorang wanita yang sedang mengandung yang bernama Jane Doe.

BILA BOLEH DOWNLOAD?

Kedua-dua permainan video percuma untuk pelanggan yang subscribe Playstation Plus ini boleh mula dimuat turun bermula pada 6 November 2019 sehingga 3 Disember 2019. Bagi korang yang dah lama tak subscribe Playstation Plus macam aku bolehlah start subscribe balik hahaha!

KATALAKI: Demi Nioh aku sanggup pergi beli Playstation Plus!

Last modified: 31 October 2019