Kreatif – Buat Lagu Raya Guna Ayam Nugget?!

Sembang

Dalam kita mengambil mood untuk sambut Hari Raya Aidilfitri buat tahun yang ke 2019 ni, apabila semua jenama-jenama tempatan dok berlumba menayangkan hasil iklan raya mereka di channel Yotutube masing-masing. Ada yang tampil dengan iklan raya yang sedih mahupun dengan iklan raya yang sangat kreatif dan kelakar akan tetapi ada satu lagi jenama antarabangsa francise tempatan yang muncul dengan hasil muzik video lagu raya yang boleh dikatakan membuatkan penonton terpegun dengan kreativiti ‘luar kotak’ mereka.

Image via: Thelaki.com.my

Mengambil pendekatan yang amat berbeza daripada “iklan” raya jenama-jenama lain. Restaurant makanan segera KFC memilih untuk tampil dengan muzik video lagu raya hasil kolaborasi dengan kumpulan bergenreExperimenternative, electronic joget music’ The Venopian Solitude (TVS).

Tampil dengan music video lagu raya berjudul “Raya Selamba” hasil ciptaan TVS, lagu berentak electro-pop tersebut dimuat-naik di Youtube pada 27 May 2019 telah pun mendapat kira-kira lebih 500K hasil tontonan dengan komen-komen feedback yang positif daripada netizen.

Image via: Thelaki.com.my

Apa yang menarik sekali adalah lagu ciptaan TVS tersebut dibuat mengunakan ayam dan nugget. Ya memang betul, ayam dan nugget yang memang tersedia masak elok untuk dimasuk kedalam mulut dan kunyah sampai kenyang. Siapa kata tak boleh buat muzik dengan makanan? What a plot-twist!

Mengunakan aplikasi digital serta alat bernama Makey-makey yang disambungkan ke laptop, ayam dan nugget yang memang boleh dimakan tersebut dicucuk dengan wire dan telah digunakan untuk menghasilkan bunyi drum dan synthesizer.

Dalam sebuah Tweet video Behind The Scene petikan process rakaman yang dikongsikan oleh TVS, mereka telah pun berjaya menghasilkan sebuah lagu raya sepenuhnya dengan ayam dan nugget yang disukai ramai itu.

Untuk mengelakkan daripada pertikaian netizen, vokalis TVS; Takahara sendiri telah memberitahu yang tiada sebarang membaziran makanan berlaku semasa proses rakaman lagu tersebut dan kesemua peralatan muzik, peranti dan kabel wire yang digunakan telah pun dibersihkan sebelum dan selepas proses rakaman.

Untuk yang mengikuti perkembangan TVS, vokalis Takahara beberapa bulan sebelum ini pernah berkongsikan hasratnya di laman media sosial Instagram di mana beliau amat mengemari nugget keluaran restaurant makanan segera tersebut. Takahara juga berhasil membuatkan followers Instagram beliau untuk turut membeli nugget yang rata-rata daripada followers terpengaruh dengan obsesinya. Tidak lama selepas itu jenama makanan segera tersebut ‘merisik’ Takahara dan TVS untuk berkolaborasi lagu “Raya Selamba”. Well done TVS!

KATALAKI: Tepuk ayam ngan nugget pon boleh buat lagu. Power sis!

Last modified: 3 June 2019